fbpx
Now Reading
Video Tular Wanita Jatuh Dari Myvi, Belum Ada Laporan Diterima & Polis Mohon Henti Spekulasi

Video Tular Wanita Jatuh Dari Myvi, Belum Ada Laporan Diterima & Polis Mohon Henti Spekulasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial video rakaman dashcam memperlihatkan seorang wanita terjatuh dari sebuah Perodua Myvi berhampiran kawasan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam.

Menerusi video tersebut, kereta Myvi hitam berkenaan pada mulanya dilihat menyalakan lampu amaran sewaktu mengampiri lampu isyarat, sebelum pintu penumpang hadapan terbuka dan seorang wanita tiba-tiba ‘terkeluar’ dan terjatuh dari kereta berkenaan yang masih lagi bergerak.

Perkongsian video berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai hingga timbul pelbagai andaian antaranya mereka pasangan kekasih yang sedang bertengkar dan ada juga yang tertanya-tanya adakah ianya satu kejadian jenayah.

Lelaki dakwa wanita itu ‘diganggu’

Ada juga yang mendakwa kenalan kepada wanita berkenaan dan wanita itu sebenarnya telah terkena gangguan secara tiba-tiba hingga menyebabkan dia menjadi panik dan bertindak melompat keluar dari kereta berkenaan.

Tambahnya lagi, mereka bukanlah pasangan kekasih seperti yang didakwa sebaliknya hanya rakan yang sedang dalam perjalanan membeli barang bersama-sama.

Henti spekulasi

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes tepat berhubung isu berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib siasatan awal mendapati kejadian video tular itu itu berlaku pada 2.40 petang.

Namun semakannya mendapati tiada lagi laporan polis yang dibuat berhubung video berkenaan, lapor Harian Metro.

“Siasatan awal mendapati dalam video itu, pemandu Myvi terbabit memperlahankan kenderaannya serta memasang lampu kecemasan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Jalan Unisel itu.

“Secara tiba-tiba, seorang wanita membuka pintu dan terjatuh di atas jalan ketika kereta Perosua Myvi itu masih bergerak perlahan.

“Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat mana-mana individu berhubung kejadian video yang tular ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lantaran itu beliau meminta pemandu dan wanita berkenan untuk tampil membuat laporan polis diatas apa yang terjadi.

Beliau turut meminta mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkan kepada polis untuk membantu siasatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.