fbpx
Now Reading
Isteri Terkejut Suami Menangis, Rupanya Tengah Bersedih Gara-gara Kurama Naruto Mati [Video]

Isteri Terkejut Suami Menangis, Rupanya Tengah Bersedih Gara-gara Kurama Naruto Mati [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai pasti mempunyai persepsi bahawa menangis ketika menonton drama atau filem petanda seseorang itu lemah.

Teori berkenaaan sebenarnya tidak benar kerana kajian yang dilakukan seorang ahli neuroekonomi, Paul Zak dari Claremont Graduate University, California mendapati orang yang menangis ketika menonton drama adalah orang yang mempunyai sifat empati yang tinggi malah lebih kuat dari segi mental.

Namun apa sahaja kajian yang dilakukan, ramai golongan lelaki sehabis boleh menahan air mata mereka dari menitis kerana malu selain takut menjadi bahan tawa orang lain.

Begitu juga yang dialami seorang lelaki yang terkantoi menangis teresak-esak sewaktu menonton anime Naruto selepas watak Kurama watak sudah sekian lama wujud dalam animasi tersebut akhirnya mati.

Pasti lebih meruntun hati lelakinya apabila watak Kurama ‘dimatikan’ genap 19 tahun ia muncul di episod pertama Naruto di Jepun pada 3 Oktober 2002.

Namun gelagat lelaki ini bagaimanapun telah dirakam oleh isterinya secara sorok-sordan sebelum dimuat naik di akaun TikTok-nya , @ Yoppitanjuang

“Tak sangka anime Naruto buat suamiku menangis sebegini”

@yoppitanjuang

Kurama jago bgt bohong nya 😭😿💔 Kurama selalu ada dihati 😢❤️ ##fyp ##fyp ##naruto ##kurama ##sayonarakurama ##anime ##boruto216 ##baryonmode

♬ Orange 7 – Anime Quotes

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki ini sedang menongkat dagu sambil matanya terarah pada laptop yang berada di depan mata. Dia kemudian dilihat beberapa kali mengesat air matanya sebelum menangis teresak-esak.

Isterinya yang merakam video berkenaan kemudian terus memasuki bilik berkenaan dan bertanya apa yang membuat dia menangis.

Mungkin terkejut atau malu ‘disergah’ sehingga enggan menjawab soalan berkenaan, lelaki ini bagaimanapun akhirnya menjawab ringkas pertanyaan isterinya dengan berkata : “Naruto. Kurama mati.” sambil mengesat airmatanya.

Keadaanya itu nyata mengejutkan Isterinya yang memaklumkan tidak pernah melihat suaminya itu menangis begitu rupa.

Foto :Naruto

Tidak dinafikan kematian Kurama, seekor serigala berekor sembilan yang juga rakan baik kepada Naruto Uzumaki memberikan impak yang besar kepada peminat siri berkenaan apatah lagi ramai yang sudah mengikutinya sejak berbelas tahun yang lalu.

Malah ramai dilihat memahami perasaan lelaki berkenaan dan turut bersedih diatas kematiannya.

I feel you bro

Hanya peminat Naruto yang tahu rasa sakitnya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.