fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Autisme Pecah Rekod MBR, Berjaya Kenal Pasti 198 Bendera Kurang 10 Minit

Kanak-Kanak Autisme Pecah Rekod MBR, Berjaya Kenal Pasti 198 Bendera Kurang 10 Minit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun baru berusia 4 tahun, seorang kanak-kanak Autisme Rashwin a/l Kalithas mencipta sejarah apabila berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR) selepas berjaya mengenal pasti 198 bendera hanya dalam masa 9 minit 54 saat.

Menurut Perunding Kanan Rekod MBR, Edwin Yeoh, pencapaian Rashwin yang berjaya melakukannya menerusi aplikasi sosial, Zoom dengan disaksikan panel daripada MBOR adalah sesuatu yang sangat luar biasa memandangkan kanak-kanak autisme biasanya mempunyai daya fokus yang kurang dan sangat mudah terganggu.

“Rashwin melakukan dua kali percubaan (secara maya) tetapi tidak melakukan dengan baik, tetapi dalam percubaan ketiga, kita sebenarnya mahu menggunakan kad imbasan (secara fizikal) kerana beliau sudah biasa dengan cara itu (dan akhirnya dia berjaya memecahkan rekod tersebut),” katanya kepada media sewaktu majlis penyampaian sijil di Akademi Headstart, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Foto : Utusan

Kejayaan Rashwin itu sekaligus mengatasi rekod terdahulu milik seorang kanak-kanak normal berusia 5 tahun yang mengenalpasti 147 bendera negara di seluruh dunia dalam masa 15 minit, pada awal tahun ini.

“Bapanya, Kalithas Selvaraju, 40, telah menghantar permohonan untuk aksi memecahkan rekod dan rekod sebegini wujud pada peringkat antarabangsa namun tidak ia bukan dipecahkan oleh kanak-kanak autisme.

“Kita juga berasakan seseorang dewasa jika diuji sedemikian, belum tentu dapat jawab separuh daripadanya seperti yang dilakukan Rashwin memandangkan sukar untuk kanak-kanak autisme memberi fokus pada satu-satu barang tertentu kerana daya perhatiannya singkat dan mudah terganggu,” kata Yeoh dipetik dari Bernama.

Menurut bapa Rashwin iaitu S Kalithas, 40, dan ibunya B Krishnarani, 36, mereka mula menyedari kemampuan anak kedua daripada dua beradik itu mengenali bendera negara selepas membaca buku kamus bergambar milik abang sulungnya.

“Ketika itu Rashwin berusia dua tahun setengah, dia dapat padankan bendera dan negara, bukan itu sahaja dia mengenali negara pada peta dunia.

“Sejak itu, kami membeli pelbagai bahan bersesuaian termasuk beberapa buku, peta glob serta ‘flash card’ bagi memupuk minat Rashwin,” kata Krishnarani.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.