fbpx

Mark Zuckerberg Rugi RM 25 Bilion Selepas FB, IG & Whatsapp Gagal Diakses Hampir 6 Jam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir 6 jam gagal diakses, pengguna WhatsApp, Facebook dan Instagram kembali menarik nafas lega selepas aplikasi popular berkenaan kembali berfungsi.

Mula meghadapi masalah sekitar jam 11 malam tadi, masalah yang dijangka hanya sementara bagaimanapun berlarutan selama beberapa jam hingga memaksa FB membuat permohonan maaf menerusi akaun Twitter mereka.

Perkara tersebut turut dipandang serius pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg yang turut tampil memohon maaf di atas apa yang terjadi.

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini kembali dalam talian. Maaf atas gangguan hari ini. Saya tahu betapa anda bergantung pada perkhidmatan kami untuk terus berhubung dengan orang yang anda sayangi,” katanya.

Namun siapa sangka, insiden tersebut memberikan impak yang besar terhadap saham Faceboook dan orang yang paling terkesan pastinya Mark selaku pemegang saham terbesar.

Difahamkan hanya dalam beberapa jam, Mark telah menanggung kerugian sebanyak US$ 6 Billion atau bersamaan RM 25 Bilion atau mungkin lebih ekoran dari saham FB yang menurun sekitar 5%.

Turut sebabkan Zuckerberg turun ke tangga ke-5 terkaya di dunia

Bukan itu sahaja, penurunan berkenaan menyebabkan kekayaan Mark jatuh kepada AS$121.6 bilion (RM507.8 bilion), meletakkannya kini di tempat ke-5 manusia terkaya di bawah Bill Gates menurut Bloomberg Billionaires Index

Namun penurunan saham ini bukan 100% disebabkan masalah tekikal semalam sebaliknya Bloomberg melaporkan kekayaan Zuckerberg telah menurun sebanyak $19billion (RM8- Bilion) sejak pertengahan Setember lalu.

Ianya selepas Wall Street Jounral (WSJ) melaporkan beberapa siri artikel yang mendedahkan Facebook sebenarnya mengetahui pelbagai masalah dihadapi oleh rangkaian produknya antaranya maklumat tidak benar mengenai rusuhan Capitol pada 6 Januari lalu dan juga ancaman Instagram terhadap kesihatan mental remaja perempuan.

Isu tersebut kemudiannya telah menarik perhatian pegawai-pegawai kerajaan AS dan akhirnyya seorang pemberi maklumat tampil ke depan pada Isnin lalu.

Facebook bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menjelaskan isu yang dihadapi produknya adalah rumit dan bukan disebabkan tenologi semata-mata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.