fbpx
Now Reading
Pelekat P JPJ Jadi Buruan & Laku Keras Di Laman E-Dagang China, Dijual Pada Harga RM18

Pelekat P JPJ Jadi Buruan & Laku Keras Di Laman E-Dagang China, Dijual Pada Harga RM18

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, mana-mana individu yang baru lulus ujian memandu JPJ akan diberikan lesen P (PDL)

Lesen percubaan ini akan digunakan selama 2 tahun sebelum mereka layak menukarnya kepada lesen CDL.

Dengan adanya lesen P ini, mereka dibenarkan memandu di jalanraya dengan syarat perlu mempamerkan pelekat ‘P’ di cermin kereta sebagai tanda kepada yang mereka merupakan seseorang pemandu baru.

Kegagalan berbuat sedemikian boleh menyebabkan mereka disaman sehingga RM200 oleh polis trafik atau JPJ.

Namun siapa menyangka, pelekat P yang tidak digemari ramai anak muda di negara kita sebaliknya begitu popular dan menjadi rebutan di laman web e-dagang di China.

Dikongsikan seorang pengguna Facebook, Takeshi Kaneshiro, pelekat P keluaran JPJ itu difahamkan dijual di laman web e-dagang Taobao China pada harga US$4.49 (RM18.77).

Menerusi perkongsian sama dia turut berkongsi dua tangkap layar ‘review’ dari para pembeli yang berkongsi foto mereka sudah menampal pelekat berkenaan di kereta mereka.

Meskipun tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan pelekat berkenaan popular disana; samaada peminat kereta China terkeliru dengan menyangkakan pelekat ini adalah pelekat pemandu percubaan di Jepun iaitu Shoshinsha juga Wakaba ataupun memang terdapat gerakan Malaysian Domestic Model (MDM), Situasi ini nyata menarik perhatian ramai netizen Malaysia.

Sebuah kereta di Jepun yang menggunakan pelekat Shoshinsa yang berfungsi sama seperti pelekat P di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen rata-rata dilihat teruja dan terhiburan dengan perkongsian berkenaan. Ada juga yang seolah tidak percaya pelekat berkenaan menjadi buruan disana.

Menarik bukan? Siapa sangka pelekat yang kurang digemari anak muda di negara kita kerana menampakkan mereka ‘pemandu baru’ boleh menjadi popular di luar negara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.