fbpx

Berang Dituduh Keluar Dengan Gadis Lain Hanya Kerana Footrest Terturun, Pemuda Nekad Putuskan Hubungan Dengan GF

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah pasangan bercinta, pasti ada pasang surutnya. Namun apa yang penting adalah rasa percaya di antara kedua-dua pihak dan tidak meragui kesetiaan masing-masing.

Namun situasi ini dilihat berbeza buat seorang lelaki dari Indonesia, dimana dia terpaksa berhadapan dengan kekasihnya yang cemburu buta hanya kerana foto yang dihantar olehnya.

Menerusi Twitter, lelaki tersebut berkongsi kepada orang ramai perbualan whatsapp diantaranya dia dan kekasihnya dimana gadis itu tiba-tiba dingin sebaik dia memaklumkan baru tiba di rumah.

Selepas beberapa kali diasak baru si gadis meluahkan perasaannya yang mengesyaki teman lelakinya itu telah menipu dan keluar dengan seseorang hanya berpandukan foto pemijak kaki motosikal miliknya yang terturun seperti dinaiki orang lain.

Dia kemudian terus bertalu meminta lelaki tersebut menjawab tuduhannya seolah benar s lelaki telah berlaku curang.

Mungkin terkejut dan bosan dengan tuduhan berkenaan, dia kemudian berkongsi video yang menerangkan apa yang menyebabkan footrestnya motornya terturun.

Siap tukar footrest baru

Malah dia menerusi Twitter turut memaklumkan sudah menukar footrest motor yang baru.

Namun semua itu ada harganya, rupanya kesabaran lelaki itu sudah melebihi hadnya. Disebabkan isu tersebut dia akhirnya bertindak memutuskan hubungan bersama kekasihnya itu.

Meskipun si gadis berkali memohon maaf, dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah kerana sudah tidak tahan dengan sikap teman wanitanya itu.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah mendapat 34,300 ulang kicau, 80 ribu tanda suka dan juga 5,400 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.