
Portal Antarabangsa Dakwa Klang Bandar Paling Tak Selamat Di Asia Tenggara, Ini Penjelasan PDRM
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini sebuah laman pangkalan data global antarabangsa, Numbeo telah menyenaraikan Klang sebagai bandar no 1 yang paling tidak selamat di kawasan Asia Tenggara.
Laporan tersebut bukan hanya menarik perhatian orang ramai malahan turut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia.

Terbaharu, Polis Selangor tampil menafikan dakwaan berkenaan. Ketua Polis Selangor, CP Datuk Arjunaidi Mohamed menerusi satu kenyataan berkata kenyataan yang dilakukan laman berkenaan adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.
Jelas beliau, statistik data maklumat mengenai indeks jenayah dan indeks keselamatan yang dikeluarkan mereka tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.

Kajian tidak mewakili keseluruhan masyarakat Klang
Malah kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang, Selangor.
“Pihak polis ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali.
“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang.
“Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor mulai dari 1 Januari hingga 30 September lalu, bagi jenayah kekerasan di daerah berkenaan melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau bersamaan dengan 6 peratus,” katanya dalam kenyataan itu lagi.


Tambahnya lagi, kadar indeks jenayah di daerah Klang masih dalam keadaan terkawal dan berada di paras rendah.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan laporan tersebut susulan ia tidak menggambarkan statistik serta fakta yang seben