Video Lelaki Melayu Nyanyi Lagu Kantonis Untuk Hiburkan Uncle Cina Di Wad Hospital Raih Perhatian Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan antara salah satu keunikan Malaysia ialah pada kepelbagaian kaum dan bangsa rakyatnya yang tinggal dalam suasana harmoni baik Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban dan banyak lagi.
Perbezaan ini bukanlah penghalang malah majoriti rakyat Malaysia sentiasa bersatu membantu satu sama lain terutamanya yang berada dalam kesusahan.
Hal ini dapat dikaitkan dengan satu video tular yang memperlihatkan seorang lelaki Melayu sedang bernyanyi lagu Kantonis buat seorang uncle Cina yang tidak sihat yang menghuni katil disebelahnya di sebuah hosital.
Dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @ivy_neoh yang merupakan anak kepada uncle itu sendiri, video tersebut nyata menarik perhatian netizen.
Menerusi video berkenaan, bapanya dilihat gembira dan tersenyum apabila mendengar lelaki berkenaan yang sedang duduk di kerusi roada menyanyi lagu berkenaan.
Malah anaknya yang sedang merakam video itu turut memuji kebolehan pakcik melayu berkenaan menyanyi dalam bahasa kantonis.
Terima kasih unlce kerana melayan ayah saya yang tidak sihat dengan lagu kantonis yang hebat
@ivy_neoh Glad to see people from difference races coming along together. Thank you uncle for entertaining my sick father with a great Cantonese song 🥰🥰
♬ original sound – Ivy_Neoh
Yang menariknya, seorang lelaki tampil di ruangan komen memaklumkan pakcik yang menyanyikan lagu berkenaan adalah ayahnya. Menurutnya ayahnya dimasukkan ke wad selepas terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Gembira dengan komen tersebut individu berkenaan kemudian membalas komen tadi dan menyampaikan salamnya kepada pakcik tersebut dan salah seorang ahli keluarga adik berkenaan yang dikenali sebagai Bella.
Ramai netizen yang meluahkan rasa terharu dengan perkongsian tersebut dan mengharapkan keharmonian dan hubungan baik diantara mana-mana bangsa akan terus dikekalkan hingga ke generasi akan datang.