fbpx
Now Reading
Video Mat Salih Santai Pakai Blazer Dengan Kain Batik Semasa Mesyuarat Curi Perhatian Ramai

Video Mat Salih Santai Pakai Blazer Dengan Kain Batik Semasa Mesyuarat Curi Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan hampir seluruh penduduk duni kini sudah boleh menyesuaikan diri dengan norma baru yang memerlukan mereka untuk bekerja dari rumah (BDR).

Meskipun lebih bebas berpakaian, tapi bila tibanya mesyuarat secara maya, ramai yang pastinya akan mengenakan pakaian yang sesuai.

Namun ada segelintir yang bijak apabila hannya mengenakan pakaian formal di bahagian atas tetapi menggunakan seluar tidur atau pakaian rumah memandangkan mereka tahu kamera kebiasaanya hanya akan dihalakan dari bahagian pinggang dan keatas.

Terbaru tular satu video meperlihatkan seorang mat salih yang sedang menghadiri satu mesyuarat secara maya.

Namun beliau bukanlah orang biasa sebaliknya personaliti dan usahawan terkenal dari Kanada iaitu Kevin O’Leary. Malah dia juga membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Pakai kemeja, tali leher dan blazer bersama kain batik

Menerusi video tersebut Kevin yang sedang melakukan video call secara online dilihat santai sambil bercerita mengenai masalah kewangan. Namun apa yang menarik ialah dia dilihat mengenakan baju kemeja dan blazer bersama kain batik berwarna biru serta selipar.

Dikongsikan oleh nya sendiri di akaun TikTok  @kevinolearytv, video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai khususnya netizen di Asia Tenggara.

@kevinolearytv

What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! ##kevinoleary

♬ original sound – Mr. Wonderful

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang dilihat lebih tertarik pada kain batik yang dipakainya berbanding apa yang sedang diperkatakan oleh usahawan.

Ada yang bangga dengan memakluman kain batik begitu popular di Malaysia dan Indonesia namun ada segelintir yang tertanya-tanya kenapa dia tmengenakan kain batik yang kebiasaannya digunakan wanita di rantau ini.

Berikut antara komen-komen menarik yang dikongsikan netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.