fbpx
Now Reading
70 Juta Pengguna Beralih Ke Telegram Dalam 24 Jam Gara-gara Whatsapp Tak Berfungsi Tempoh Hari

70 Juta Pengguna Beralih Ke Telegram Dalam 24 Jam Gara-gara Whatsapp Tak Berfungsi Tempoh Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui empat aplikasi popular milik Facebook iaitu Facebook, Instagram Messenger dan Whatsapp baru-baru mengalami masalah teknikal hingga gagal diakses.

Mulanya disangkakan sekejap, ia bagaimanapun berterusan selama lebih 6 jam hingga menyebabkan kegusaran orang ramai yang menjadikannya sebagai platform komunikasi utama terutamanya aplikasi perbualan Whatsapp

Siapa sangka kejadian tersebut menyebabkan aplikasi pesaingnya, Telegram telah menerima 70 juta pengguna baharu hanya dalam tempoh sehari.

Perkara ini dikongsikan sendiri pengasas Telegram, Pavel Durov di siaran Telegram miliknya.

“Semalam (kelmarin), Telegram merekodkan peningkatan dari segi pendaftaran dan aktiviti.

“Kadar peningkatan harian di Telegram dalam melebihi batas normal dan kami menerima 70 juta ‘pelarian’  daripada platform lain dalam masa sehari.

“Saya bangga dengan kebolehan pasukan kami menangani peningkatan mendadak ini dan Telegram masih mampu berfungsi dengan sempurna untuk majoriti pengguna,” tulis Durov.

Dia bagaimanapun mengingatkan sebilangan pengguna di Amerika yang mereka mungkin akan mengalami sedikit kelembapan dari biasa disebabkan terdapat jutaan pengguna baru dari sana yang mula mendaftar ke Telegram pada waktu sama.

“Kepada pengguna baharu, saya ucapkan selamat datang ke Telegram, platform permesejan terluas.

“Kami tak akan kecewakan bila yang lain kecewakan anda,” ujar Durov, mengakhiri tulisannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.