fbpx
Now Reading
‘Magician’ Terkenal Dakwa Makhluk Asing Penyebab Ganguan Pada Facebook

‘Magician’ Terkenal Dakwa Makhluk Asing Penyebab Ganguan Pada Facebook

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui, pada isnin lalu empat aplikasi popular milik Facebook iaitu Facebook, Instagram Messenger dan Whatsapp mengalami masalah teknikal hingga gagal diakses.

Mulanya disangkakan sekejap, ia bagaimanapun berterusan selama lebih 7 jam hingga mengakibatkan lebih 3.5 bilion pengguna di seluruh dunia mengalami masalah menggunakan akaun, dan menghantar pesanan ringkas kepada pengguna lain.

FB dan Mark Zuckerberg kemudiannya membuat permohonan maaf diatas masalah teknikal berkenaan selepas orang ramai khususnya pengguna Facebook dan Whatsapp meluahkan rasa kecewa mereka dengan apa yang terjadi.

Menurut Facebook Inc., pemadaman perubahan konfigurasi yang dilalukannya pada peranti router bagi menyelaraskan lalu lintas antara pusat datanya menjadi punca kepada semua masalah tersebut.

Isu tersebut turut menarik perhatian seorang seorang magician dan ahli psikik dari Britain, Uri Geller yang hadir dengan teorinya yang sendiri.

Menurutnya gangguan berkenaan yang berlaku di seluruh dunia itu adalah angkara makhluk asing dimana dia percaya teknologi teknologi canggih yang dimiliki mereka berkebolehan mengganggu sistem jaringan sosial terbesar tersebut.

“Agensi Keselamatan Kebangsaan dan Pentagon (Amerika Syarikat) sedang menyiasat perkara ini. Teknologi makhluk asing boleh mengganggu sistem tersebut.

“Ia merupakan satu misteri yang besar untuk jaringan media sosial. Penjelasan yang masuk akal perlu diberikan,” ciapnya di Twitter.

Menurutnya lagi, selain teknologi media sosial, makhluk asing turut menyasarkan senjata nuklear di Bumi. 

“Sistem peluru berpandu balistik turut diancam bahaya. Jadi, saya meminta agar isu ini disiasat dengan lebih terperinci,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.