fbpx
Now Reading
Tular Foto BMW M3 & X3 Dengan Livery Polis, Bakal Jadi Kenderaan Rasmi PDRM Atau Untuk Filem?

Tular Foto BMW M3 & X3 Dengan Livery Polis, Bakal Jadi Kenderaan Rasmi PDRM Atau Untuk Filem?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular di media sosial beberapa keping foto memperlihatkan sebuah kereta BMW M3 G80 yang lengkap dengan livery dan logo PDRM.

Meskipun tiada penjelasan lanjut, kereta berkenaan dilihat terpampang kod ‘CPP 01’ yang biasanya merujuk kepada Cawangan Pengawal Pengiring, yang kebiasaannya digunakan sebagai  kenderaan untuk pemimpin tertinggi di Malaysia.

Ianya dikuatkan dengan kenyataan portal Funtasticko,  yang menjangkakan kereta ini berserta beberapa lagi model antaranya BMW X3 dan Volkswagen Tiguan bakal dijadikan kereta peronda Polis High Performance untuk VVIP.

Menerusi instagram, portal Careta turut berkongsi beberapa video memperlihatkan kereta-kereta ini sedang dipandu di kawasan tertutup melakukan drifting dan pemanduan prestasi.

Hanya untuk filem?

Namun satu info berbeza diterima apabila portal memaklumkan kereta-kereta ini sebenarnya bukanlah untuk kegunaan rasmi PDRM sebaliknya bakal digunakan untuk sebuah filem Terbaru.

Menurut mereka BMW Malaysia sudah mengesahkan perkara berkenaan namun tidak mendedahkan nama filem berkenaan.

Namun mereka meramalkan ia mungkin akan muncul didalam salah satu filem iaitu diantara Polis Evo 3 ataupun filem paling mahal yang pernah dihasilkan di Malaysia iaitu The Catcher.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.