
Didakwa Konon Melayan Abang Askar Kes ‘Jilat Jari’, Mangsa Tampil Tunjuk Bukti Menangis Selepas Insiden
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Didakwa Seolah Sengaja Melayan Askar Jilat Jari, Mangsa Tampil Tunjuk Bukti Menangis Selepas Insiden
Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial satu rakaman CCTV memperlihatkan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh tentera.
Selepas sehari diburu, polis akhirnya menangkap individu berkenaan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, sekitar 12 tengah malam khamis dan kini direman sehingga 10 Oktober bagi membantu siasatan.
Namun disebalik penularan video itu, ada juga segelintir netizen seolah langsung tidak berperasan apabila menuduh mangsa merelakan kejadian berkenaan apabila dia dilihat hanya mendiamkan diri.
Seorang lelaki berpakaian tentera melakukan gangguan seksual ke atas seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape di Keramat, KL.
— MyWatch (@My_CrimeWatch) October 6, 2021
Kelihatan dalam CCTV, lelaki tersebut memegang tangan & menghisap jari mangsa. pic.twitter.com/aZN6ljzDLf
Enggan terus dituduh, mangsa akhirnya tampil berkongsi video berkenaan kepada orang ramai bagi membuktikan dia langsung tidak mengenali individu berkenaan. Menerusi video yang dikongsikan di IG Story, dia kelihatan sedang mengesat airmatanya sambil menangis teresak-esak sebaik lelaki berkenaan pergi.
Malah dia menjelaskan enggan berkongsi video berkenaan pada mulanya kerana terlalu jijik untuk melihat kembali insiden berkenaan.
Gadis 19 tahun ini dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar perbualan whatsapp bersama abangnya semasa kejadian tersebut berlaku.
Kesemua bukti ini kemudian dikongsikan ke TikTok oleh seorang netizen.
@cajaanee Nak baca pause okey👌🏼 be safe everyone stop sexual harasement! Spread this video #fyp #foryoupage #masukberanda #fypシ゚viral #viral2021 #xyzbca
♬ hero edited – Fish_vd