
Sujud Terakhir, CCTV Rakam Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang hidup pasti mati, cuma cara dan waktunya sahaja yang tidak diketahui.
Namun sebagai seorang yang beragama islam, anda pasti anda mengharapkan kematian husnul khatimah; dimana pengakhiran dan pemergian anda dalam keadaan baik dan dimuliakan Allah.
Begitu juga yang terjadi didalam video tular ini dimana CCTV berjaya merakam seorang lelaki di Mesir meninggal dunia ketika sedang bersolat.
Menurut laporan media Mesir, Ahmed Al Sayyed, seorang pengawal keselamatan yang berusia 39 tahun difahamkan meninggal dunia di tempat kerjanyya di sebuah pusat Radiologi di Smouha, Kota Alexandria, Mesir.
Menerusi video tersebut, bapa kepada 3 anak itu dilihat sedang melakukan sujud keduanya dalam kejadian pada 28 Septmber lalu itu, namun dia kemudiannya terhenti seketika sebelum terus rebah di atas sejadah.
Video berkenaan yang tular nyata menarik perhatian ramai, ramai yang mencemburui pemergian arwah yang dimuliakan. Netizen disana juga tidak turut menzahirkan ucapan takziah serta doa kepadanya.

