
Nike Akan Henti Penjualan Di Israel Bermula 2022
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jenama sukan antarabangsa terkenal, Nike mendapat liputan hangat dari media selain menjadi topik hangat di media sosial selepas memaklumkan akan menghentikan penjualan di Israel pada tahun hadapan.
Menurut Independent, pengeluar jenama gergasi itu akan menutup sepenuhnya perniagaaan mereka di sana pada 31 Mei 2022.
Menerusi surat yang dihantar kepada pemilik premis di Israel, Nike memaklumkan : ” Selepas syarikat melakukan tinjauan dan mempertimbangkan perubahan pasaran, syarikat memutuskan keperluan untuk melanjutkan perniagaan antara pihak tuan dengan syarikat tidak lagi sesuai dengan misi syarikat.
“Kami menyarankan anda untuk mula mengjangkakan penamatan ini demi menerusikan perniagaan anda dengan jayanya tanpa produk Nike”

Isu penamatan tersebut nyata menarik perhatian orang ramai diseluruh dunia.
Meskipun sudah menjelaskan langkah berkenaan diambil ekoran dari perubahan polisi terbaru mereka, ramai yang beranggapan ianya kerana Nike sebenarnya mahu memboikot Israel.
AMAZING RESULT 4 BDS. Nike says NO to Israel. https://t.co/PHPbOPck1T
— Bint (@PalBint) October 5, 2021
First Ben & Jerry’s, now NIKE. While the company doesn’t frame its decision as specifically tied to Israel’s apartheid practices, it told store owners that its relationship “no longer matched the company’s policies and goals.” #BDS #Palestine https://t.co/VbSzgtIr67
— Huwaida Arraf (@huwaidaarraf) October 5, 2021
Some progress against apartheid!https://t.co/vl1oDiyYiO
— Tacoma Mike ☮️🌹🦺 masked+vaxed (@mgb5000) October 7, 2021
Sebagai rekod, selain Nike satu lagi syarikat syarikat ais krim popular iaitu Ben & Jerry’s juga sudah mengumumkan perkara yang sama.
Satu lagi syarikat pesaing, adidas sebelum ini sudah membuat pengumuman untuk tidak lagi menaja liga bola sepak Israel. Mereka bagaimanapiun menjelaskan langkah tersebut tiada kaitan dengan keadaan politik disana.