fbpx
Now Reading
Pemergian Yang Dicemburui, Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau

Pemergian Yang Dicemburui, Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dilaporkan meninggal dunia sewaktu sedang mengimamkan solat Subuh di sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.

Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56 yang juga Timbalan Ketua Balai Gohtong Jaya meninggal dunia di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali pada 6.15 pagi selepas dilaporkan mengalami masalah jantung.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, Allahyarham ketika kejadian sedang mengimamkan rakaat pertama solat Subuh sebelum arwah secara tiba-tiba rebah.

“Allahyarham Sarjan Major Rosli Maskan, 56, bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya amat merasai kehilangannya dan kita akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” katanya dipetik dari Kosmo!

Pemergian arwah turut mendapat perhatian Ketua Polis Selangor, CP Dato Arjunaidi bin Mohamed yang menzahirkan takziah kepada keluarga arwah.

Beliau menerusi satu kenyatan memaklumkan arwa sudah 36 tahun berkhidmat bersama PDRM.

Arwah yang berasal dari negeri Johor meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.

Difahamkan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan sahabat handai arwah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.