fbpx
Now Reading
Ingatkan Hanya Trik Persembahan, Pelakon Opera Maut Ditimpa Props Di Atas Pentas

Ingatkan Hanya Trik Persembahan, Pelakon Opera Maut Ditimpa Props Di Atas Pentas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Para penonton di sebuah pementasan opera di Panggung The Bolshoi, Rusia dikejutkan dengan insiden ngeri membabitkan seorang pelakonnya maut sewaktu pertukaran set di atas pentas.

Menerusi laporan Daily Mail, ketika kejadian para penonton sedang menyaksikan persembahan Sadko, sebuah opera abad ke-19 oleh komposer Rusia Nikolai Rimsky-Korsakov.

Difahamkan insiden berlaku ketika pementasan baru sahaja bermula, menyebabkan ramai penonton mulanya menyangkakan ia hanyalah satu gimik persembahan.

Namun mereka mula menyedari ada sesuatu perkara yang buruk berlaku apabila para pelakon mula menjerit meminta pengurusan menghubungi ambulans.

Foto : Reuters

 Yevgeny Kulesh, 37 seorang pelakon yang sudah bertahun bekerja disana difahamkan maut ditempat kejadian selepas terkena ramp (tanjakan) backdrop seberat 2 tan sewaktu pertukaran set.

“Pertunjukan itu segera dihentikan dan penonton diminta untuk beredar,” kata jurucakap panggung teater kepada agensi berita Interfax.

Menerusi video yang tular di media sosial dapat dilihat pelakon mula menjerit panik sebaik pertukaran set selesai dilakukan.

Menurut Daily Mail, ada dikalangan pelakon yang turut menjerit meminta backdrop yang menghempap Kulesh diangkat.

Salah seorang dari mereka kemudian dilihat mengangkat tangan sebelum tirai yang memisahkan penonton dan pentas ditutup.

Kulesh yang mengalami kecederaan teruk bagaimanapun meninggal dunia sebelum ambulans tiba.

Sebagai rekod ini bukan lah insiden pertama yang berlaku di panggung teater terkenal di Moscow itu.

Pada tahun 2013, seorang pemain biola maut selepas terjatuh ke dalam lubang orkestra.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.