fbpx
Now Reading
Merancang Ke Luar Negara? Ini Antara Negara Yang Kini Terima Pelancong Dari Malaysia

Merancang Ke Luar Negara? Ini Antara Negara Yang Kini Terima Pelancong Dari Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan kembali membenarkan aktiviti merentas negeri buat individu yang lengkap vaksinasi bermula pada 11 Oktober 2021.

Bukan itu sahaja, kerajaan turut bersetuju membenarkan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara tanpa perlu memohon My Travel Pass (MTP) yang akan dimansuhkan bagi memudahkan pergerakan orang ramai untuk ke luar negara.

Syarat utama perlu kuarantin ketika pulang

Namun syarat utamanya ialah pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik kembali ke tanah air.

Dengan pengumuman ini pasti ramai yang mula merancang untuk mengembara keluar negara bersama keluarga atau bersendirian atas beberapa urusan. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19 masih lagi menular di kebanyakan dunia, negara manakah yang sudah membuka sempadan dan sudah menerima pengunjung dari Malaysia ?

Difaham setakat ini hampir 40 negara yang sudah menerima pengembara dari Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin, namun ada juga segelintir yang masih mewajibkan pengunjung dari negare kita untuk menjalani kuarantin.

Menerusi peta negara yang dikongsikan Awani, kesemua negara yang berwarna hijau dan hijau muda kini sudah menerima kemasukan pengembara dari Malaysia.

Negara berwarna hijau dan hijau muda didalam peta sudah menerima kemasukan pengembara dari Malaysia.

Antara negara yang dimaksudkan adalah :

-United Kingdom


-US


-UAE (Dubai)

This picture taken on July 8, 2020 shows an aerial view of the Burj al-Arab hotel in the Gulf emirate of Dubai, during a government-organised helicopter tour. (Photo by KARIM SAHIB / AFP) (Photo by KARIM SAHIB/AFP via Getty Images)

-Brazil
-Kanada
-Mesir
-Maldives
-Belanda
-Pakistan
-Turki
-Jerman
-Ireland
-Thailand (Phuket sahaja)
-Romania
-Finland
-Mexico
-Sepanyol
-Switzerland
-Arab Saudi (umrah sahaja)
-Indonesia (Bali sahaja)
-Turki

Jenis vaksin main peranan

Namun harus diingatkatkan banyak negara seperti UK, US dan Kesatuan Eropah masih belum meluluskan vaksin Sinovac berbanding vaksin seperti Pfizer, AstraZeneca dan Moderna buat masa ini. Jadi semak kelayakan vaksinasi anda disini :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.