fbpx

Ribut Solar Dijangka Landa Bumi Malam Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu fenomena ribut solar telah melanda Bumi hari ini yang berpotensi menyebabkan menyebabkan masalah-masalah utama kepada grid elektrik.

Menerusi laporan akhbar The Sun, Pejabat Meteorologi UK menjangkakan fenomena tersebut akan sampai ke Bumi sekitar pukul 12 tengah malam ini dan dapat dilihat dari seluruh Scotland, bahagian utara England dan Ireland Utara.

“Ia diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik yang kecil dan sederhana.

“Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari lubang korona tiba dan mungkin meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif,” katanya. Mereka bagaimananapun menasihatkan orang ramai agar tidak panik.

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA) pula, aktiviti ini berada dalam kategori G2 iaitu berada pada tahap sederhana.


Kejadian ribut geomagentik ini berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar suara yang sebut sebagai Corona Mass Injection (CME). Ia merupakan satu pengusiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona.

Ia juga dapat memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan mengganggu signal radio.

Walaubagaimanapun, medan magnetik Bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih ekstrem yang mungkin berlaku disebabkan fenomena tersebut.

Menurut pengkaji dan ahli fizik dari Space Weather, Dr Tamitha Skov, cahaya Aurora juga sudah mula kelihatan di bahagian barat Massachusett, Amerika Syarikat selepas bumi mula dilanda CME.

Beliau turut menjangka New Zealand dan Tasmania juga bakal menyaksikan cahaya berkenaan dalam masa terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.