fbpx
Now Reading
Tindakan Wanita Kutip & Pulangkan Sampah Yang Dibuang Kereta BMW Di Tengah Jalan Raih Pujian

Tindakan Wanita Kutip & Pulangkan Sampah Yang Dibuang Kereta BMW Di Tengah Jalan Raih Pujian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tabiat buruk segelintir pengguna jalan raya yang kurang kesedaran sivik dengan membuang sampah di jalan raya bukanlah satu perkara baru di dalam negara.

Tindakan tidak bermoral dan bertanggungjawab ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan ianya akan mengotorkan alam sekitar.

Jika tempoh hari tular video seorang doktor melemparkan kembali sampah yang dibuang seorang pemandu Myvi, kini tular pula video memperlihatkan seorang wanita mengutip dan memulangkan semula sampah yang dibuang oleh seorang pemandu BMW dipercayai berhampiran Taman Kinrara, Puchong.

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/01/netizen-puas-hati-tengok-doktor-sekolahkan-pemandu-myvi-buang-kotak-rokok-tengah-jalan-video/

Namun situasi kali ini sedikit berbeza apabila wanita berkenaan mendakwa ia sampah kedua yang dibuang pemandu kereta mewah berkenaan menyebabkan dia sedikit ‘naik angin’ lalu keluar dari keretanya dan mengutip sampah berkenaan sebelum bertindak memberikannya semula kepada pemandu kereta mewah itu.

Mula dimuatnaik di akaun TikToknya @sitisitieliza, video tersebut nyata menarik perhatian orang ramai hingga menjadi tular dan sohor di semua platform media sosial.

“Jenis bebal! Kereta besar tapi otak kecil! Padan muka hang! Tu sampah kedua hang buang tau tak?

“Pertama kali sebelum hang buang tu aku tengok je. Ingat tak buang dah. Eh hang buang satu lagi rilek je.” tulisnya diruangan kapsyen

@sitisitieliza

jenis bebal . kereta besaq otok kecek! 🙄 padan muka hg . tu sampah kedua hg buang tau dak? 1st sebelum hg buang tu aku tgk ja . igt xbuang dah. ehhh hg buang 1 lg rilek ja nohhh . bodo piang 🙄

♬ original sound – siti sitieliza

Ramai yang berterima kasih dengan tindakan spontan yang dilakukannya. Ada juga yang bersetuju kaedah sebegini akan mengajar banyak pemandu untuk menjadi lebih bermoral dan tidak lagi membuang sampah di atas jalan raya.

Setakat artikel ini ditulis, video di TikTok tersebut sudah mendapat 1.3 juta tontonan, 93 ribu tanda suka dan 3 ribu komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.