fbpx
Now Reading
Mungkin Penat Layan ‘Drama’ Merajuk Tepi Jalan, Lelaki Nekad Angkut Pasangannya Naik Atas Motor [Video]

Mungkin Penat Layan ‘Drama’ Merajuk Tepi Jalan, Lelaki Nekad Angkut Pasangannya Naik Atas Motor [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah pasangan bercinta, pasti ada pasang surutnya. Kadangkala sejuknya bak salji, namun ada ketikanya iakan akan menjadi panas persis lahar gunung berapi.

Malah bergaduh, merajuk dan memujuk juga sudah menjadi sebahagian daripada asam garamnya.

Terbaru tular satu rakaman video di aplikasi TikTok memperlihatkan sepasang kekasih atau mungkin suami isteri sedang menolak motosikal di tepi sebuah jalan di Indonesia.

Ingat minyak motor habis rupanya tengah ‘berdrama’

Mulanya disangkakan motosikal mereka kehabisan minyak, si perakam bagaimanapun mula menyedari yang mereka sebenarnya sedang berbalah apabila melihat wanita berkenaan seolah berjalan sedikt jauh dari kekasihnya.

Mungkin sudah penat dengan ‘drama’ wanita berkenaan yang sudah berlangsung beberapa ketika, si lelaki kemudian dilihat menghampiri kekasihnya itu lalu dengan selamba mengangkatnya kembali ke atas motosikal.

Sebaik selesai, dia pula mula menaiki motosikal berkenaan sebelum video tersebut ditamatkan.

“Nasib baik digendong, kalau ditinggalkan pasti menangis”

@myname_myme

Untung digendong ,kalau ditinggal pasti nangeeeesss..🙈 #GauthmathPower #kocakabis

♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Video yang dikongsikan pengguna @myname_myme di TikTok itu, nyata mencuri tumpuan orang ramai ekoran dari aksi spontan lelaki berkenaan dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

Kongsi video penuh

Ramai juga yang turut berseloroh pernah menhadapi situasi sama dimana ada yang mengakui ditinggalkan, meninggalkan dan ada juga yang berjaya berbaik semula.

Pengguna TikTok ini kemudian menerusi satu lagi muat naik telah berkongsi penuh drama berkenaan kepada orang ramai.

@myname_myme

Balas @daedikaryan ini full videonya ,lakiknya setia ngekor dan lalu habis kesabaran😅##foryourpage ##fypdongggggggg

♬ Ora Minggir Tabrak – Kill the DJ

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.