fbpx
Now Reading
Gara-gara Tergendala Satu Dunia, Instagram Kini Uji Ciri Amaran Gangguan Perkhidmatan

Gara-gara Tergendala Satu Dunia, Instagram Kini Uji Ciri Amaran Gangguan Perkhidmatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui minggu lalu perkhidmatan media sosial dan perbulan milik Facebook Inc iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp telah tergendala selama beberapa jam akibat masalah teknikal.

Ia sekali lagi berlaku beberapa hari kemudiannya walaupun dalam tempoh yang singkat.

Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan para pengguna mula tidak senang duduk lebih-lebih mereka yang menjadikan aplikasi aplikasi berkenaan sebagai ‘alatan’ komunikasi utama.

Bagi mengelakkan insiden sama berulang tanpa sebarang persediaan, Instagram kini mula menguji ciri terbaharu iaitu ciri amaran gangguan perkhidmatan dan juga isu teknikal dalam bentuk notifikasi kepada penggunanya.

Menurut istagram, notifikasi itu akan turut diletakkanpada bahagian Acitivity Feed. Orang ramai hanya perlu menekan pada pesanan tersebut untuk mengetahui apakah masalah yang berlaku dan berapa lama ianya akan diselesaikan.


Namun difahamkan mereka tidak akan menghantar notifikasi ini setiap kali berlakunya ganggunan sebaliknyai ia akan dihantar untuk mengemaskini situasi sama tanpa membiarkan pengguna tertanya-tanya apa yang sedang terjadi.

Setakat ini tiada makumat lanjut sama ada ciri ini akan diperluaskan ke platform lain seperti FB Whatsapp dan juga Messenger atau hanya terhad untuk Instagram sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.