Youtuber Dikecam Hebat Selepas Buat Video Prank Gertak Nak Lempang Orang Di Pusat Beli Belah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan video kontroversi dan video prank antara video yang menjadi pilihan ramai Youtuber atau content creator untuk mencipta nama dan pengikut.
Malah trend sebegini sudah dilihat mula dilakukan oleh Youtuber tempatan namun akhirnya berakhir dengan permohonan maaf selepas teruk dikecam oleh orang ramai.
Terbaru seorang Youtuber, menjadi topik hangat di Twitter selepas dia dilihat memuat naik video prank cuba menakutkan orang ramai yang berada di sebuah mall baik lelaki mahupun perempuan dengan menggertak mahu menampar mereka.
Menerusi sedutan dari video tersebut yang tular di media sosial, kebanyakan dari aktiviti pranknya dilakukan bersama seorang lagi rakan di eskalator di Mid Valley Megamall.
Mereka dilihat mengacah dengan cuba menampar berada individu yang berada di eskalator bertentangan. Meskipun kurang berhasil terhadap beberapa lelaki tindaka mereka nyata berjaya menakutkan beberapa individu terutama dua orang yang gadis yang bertempiaran lari sebaik diacah sedemikian rupa.
Walaupun mereka akhirnya bertemu dengan beberapa ‘mangsa’ dan memohon maaf, tindakan tersebut kurang disenangi orang ramai.
Ramai yang menyifatkan tindakan mereka kurang ajar dan hanya mengikut trend barat walhal konten sebegini ini langsung tidak sesuai dengan budaya orang Asia.
Lebih menaikkan kemarahan orang ramai apabila dia di penghujung video memaklumkan penat melakukan aksi berkenaan demi menghiburan penontonnya. Segala tindakannya itu membuatkan video berkenaan telah mendapat 4kali ganda ‘dislike’ berbanding butang ‘like’.
Mohon maaf dan sudah padam video
Difahamkan youtuber ini sudahpun memuat naik satu video di saluran Youtube-nya memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai berhubung kontroversi berkenaan.
Dia turut memaklumkan sudah menurunkan video berkenaan demi menjaga nama semua orang.
“As salamualaikum korang ! Sekali lagi mizan minta maaf bagi pihak mizan , kalau prank video Sebelum ni buat korang tidak berkenan di mata korang.
“Harap video penjelasan ni korang faham.. Jadi dengan ini mizan akan take down video tersebut demi menjaga nama , adab & adat Malaysia” tulisya sebagai kapsyen
Permohonaan maaf berkenaan bagaimanapun tidak meredakan kemarahan orang ramai yang masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat video prank berkeneaan yang disifatkan ‘tidak berotak’
Kalau korang kena “prank” camni, buat je repot polis. Kalau dia pukul tu kena, tu kekerasan jenayah ditafsir bawah s350 kk
— Farah (@axavier_93) October 13, 2021
Kalau dia dah gaya nak pukul camtu, tapi pukul x sampai, tu mungkin boleh ditafsir sebagai satu “serangan” di bawah s351 kk
Dua2 hukuman bawah s352kk
Malah ada yang menyeru mangsa prank berkenaan untuk membuat laporan polis dan sanggup memperkenalkan peguam berpengalaman untuk membantu mereka.