fbpx
Now Reading
Nak Balik Kampung Tapi Nak Elak Jem? Ini Cara Mudah Semak Keadaan Trafik Semasa Di Lebuhraya

Nak Balik Kampung Tapi Nak Elak Jem? Ini Cara Mudah Semak Keadaan Trafik Semasa Di Lebuhraya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kerajaan baru-baru ini sudah kembali membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara. Sehubungan itu ramai rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksinasi dilihat mengambil kesempatan yang ada untuk melancong dalam negara atau pulang ke kampung masing-masing.

Umpama satu perayaan, ramai menjangkakan lebuhraya yang sebelum ini lengang selepas sempadan negeri ditutup akan berubah menjadi sesak khususnya bila menghampiri hujung minggu.

Buat anda yang merancang untuk berjalan jauh menggunakan jalan darat, usah risau anda kini boleh merancang perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @_Afnanfaiq .

Semak status trafik semasa di lebuhraya

Selain menggunakan aplikasi seperti Google Maps dan Waze, anda boleh mendapat gambaran lebih tepat dengan melayari laman Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Anda boleh mendapat tangkap layar CCTV mengenai keadaan trafik di lebuhraya yang bakal anda tempuhi nanti. Ini pasti membantu anda dalam merancang perjalanan.

Caranya mudah sahaja :

1. Lakukan carian LLM atau terus layari laman web rasmi LLM di  sini

2. Tekan butang Paparan penuh CCTV

Tekan butang Paparan penuh CCTV di bahagian bawah Status Trafik Semasa. Rujuk gambar di bawah

3. Pilih lebuhraya

Tatal ke bawah dan tekan butang n ‘Sila Pilih Lebuhraya’. Selanjutnya pilih lebuhraya yang ingin anda semak. Rujuk gambar di bawah.

3(a) Tekan ‘Sila Pilih Lebuhraya’.

3(b) Pilih lebuhraya

4. Paparan tangkap layaran CCTV lebuhraya pilihan anda akan keluar seperti gambar di bawah

Dengan adanya kemudahan ini pasti perjalanan anda akan lebih tenang dan lancar bukan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.