fbpx
Now Reading
Niat Tadah Air Dalam Kolam Renang Plastik Untuk Simpanan, Sekali Suami & Anak Jadikan Port Berendam [Video]

Niat Tadah Air Dalam Kolam Renang Plastik Untuk Simpanan, Sekali Suami & Anak Jadikan Port Berendam [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui lebih 900 kawasan di Lembah Klang ketika ini sedang mengalami gangguan air selama tiga ekoran dari kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Sehubungan itu ramai yang membuat persiapan dengan menadah air untuk disimpan memandangkan tiga hari bukanlah satu tempoh yang sekejap.

Begitu juga yang dilakukan seorang pengguna TikTok @kylieyaa yang bertindak menyimpah air menggunakan kolam renang plastik yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Namun siapa sangka air yang disimpannya telah digunakan oleh suami serta anaknya untuk berendam dan berenang sewaktu dia sedang berada di pejabat.

@kylieyaa

Sod Ba Ro #fyp #airselangor

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Menerusi video yang dikongsikannya, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas diberitahu oleh ahli keluarganya.

Lebih mencuit hati, apabila suaminya kelihatan cuba menyorok di sebalik anaknya sebaik dia tiba kerumah dipercayai takut dimarahi.

Siap happy bagitahu dah simpan air sikit

Bukan itu sahaja, mereka juga dengan riangnya memberitahu sudahpun menyimpan sedikit air baki untuk kegunaan ibunya didalam dua baldi kecil.

Perkongsian tersebut nyata menghiburkan ramai netizen. Ada yang berkongsi menggunakan cara sama untuk menyimpan malah ada juga mengakui berdepan perkara sama gara-gara menyimpan air didalam kolam renang berkenaan.

Berikut antara komen menarik yang dikongsikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.