fbpx
Now Reading
Tenang Kawal Lalu Lintas Gara-Gara Lelaki Solat Atas Jalan, Tindakan Anggota Polis Ini Raih Pujian Ramai [Video]

Tenang Kawal Lalu Lintas Gara-Gara Lelaki Solat Atas Jalan, Tindakan Anggota Polis Ini Raih Pujian Ramai [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu video di media sosial memperlihatkan aksi merbahaya seorang lelak yang nekad bersolat di tengah jalan raya dihadapan Shell Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurai 29 saat tersebut yang turut dimuat naik laman Facebook Sukan Star TV, lelaki berkenaan yang berbaju merah dan berseluar berwarna coklat dilihat khusyuk bersolat beralaskan kotak yang dijadikan sejadah tanpa menghiraukan orang sekeliling di laluan tengah jalan berkenaan.

Tidak halau tapi kawal lalu lintas

Ekoran dari tindakan ‘luarbiasanya’ itu, seorang anggota polis dilihat turun dan memantau keadaan lalu lintas dengan berdiri dibelakangnya dan mengarahkan kereta-kereta di jalanan supaya terus bergerak bagi mengelakkan kesesakan.

Dalam masa sama, beberapa rakan sekerjanya yang baru tiba turut dilihat turun dari motosikal masing-masing dan menghampiri lelaki berkenaan dipercayai untuk melalukan perkara sama.

Tindakan anggota polis trafik dapat pujian

Tindakan polis-polis trafik tersebut mendapat pujian ramai kerana mereka dilihat menghormatinya walau boleh beliau boleh dikatakan agak ‘kurang siuman’ dengan tidak menghalaunya malah sebaliknya terus memantau pergerakan lalu lintas sementara menunggunya habis solat.

Ada saksi dakwa dia kurang siuman dan sudah diambil ambulans

Namun seorang netizen, Madi Statham mendakwa dia merupakan pekerja di stesen minyak berhampiran dan lelaki tersebut sebenarnya adalah seorang warga asing yang kurang siuman. Dia bagaimanapun telah ‘diangkut’ oleh ambulans selepas insiden berkenaan.

Dalam masa sama, sebuh lagi video insiden turut tular di laman Instagram selepas dikongsikan seorang penggunanya, Feriansyah Yusrif di Ig Stories.

Namun setakat ini belum ada info rasmi siapa dan apakah masalah lelaki berkeanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.