fbpx
Now Reading
Harga Tak Masuk Akal, Pelanggan Terkejut Harga Bil RM210,000 Selepas Makan Di Restoran Salt Bae

Harga Tak Masuk Akal, Pelanggan Terkejut Harga Bil RM210,000 Selepas Makan Di Restoran Salt Bae

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat penggemar makan yang mengikuti Chef terkenal dari Tukri, Sal Bae pasti tahu yang dia baru sahaja membuka sebuah restoran di Kota London bulan lalu.

Terkenal sebagai restoran stik gaya mewah, Nusr-Et Steakhouse yang dibuka di hotel mewah, Park Tower hotel di Knightsbridge, London itu bagaimanapun menjadi perbualan ramai ekoran dari harganya yang disifatkan cekik darah kerana terlalu mahal.

Kisah tersebut mula tular selepas seorang pengguna Reddit berkongsi resit bil makanan disana yang disifatkan terlalu mahal aitu £37,023 atau bersamaan RM210,000.

Menerusi resit yang tular itu, antara menu yang ditempah pelanggan termasuklah stik ‘golden tomahawk‘ yang sinonim dengan Salt Bae yang berharga £850 pound (RM4,841), 16 ketul baklava berharga £400 (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga £30 (RM171).

Dia turut menempah beberapa hidangan sayuran bernilai £12 – 18 .

Terlalu mahal sebab air alkohol

Namun jika anda melihat dengan lebih teliti, apa yang membuatkan harga makananannya menjadi begitu mahal adalah disebabkan pelanggan tersebut telah memesan beberapa botol wain yang jumlahnya adalah £30,620 (RM174,474)

Dia mungkin dapat berjimat banyak dan hanya perlu membayar sekitar 1500 pound jika dia tidak memesan air semahal itu bukan?

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dari orang ramai dimana ada yang menyifatkan makanan disitu terlalu mahal meskipun rasanya terbukti sedap dan ada juga berpendapat tidak semua dijual disana adalah ‘cekik darah’.

Malah ada juga segelintir yang merasakan pelanggan itu sebenarnya hanya menunjuk-nunjuk dan tidak menghadapi masalah untuk membayarnya.

Menerusi beberapa resit lain yang tular, kami berasakan tiada apa yang murah di restoran mewah berkenaan dimana air Coca-cola setin sahaja sudah mencecah £9 (RM58) malahan makanan side dish seperti salad juga berharga £23 (RM131). Namun dah namanya restoran mewah bukan?

Apa sahaja pandangan dan komen yang diberikan orang ramai, ia sekaligus dilihat bagai satu promosi untuk Salt Bae atau nama betulnya Nusret Gokce dan kedainya di kalangan orang sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.