fbpx
Now Reading
Hampir 20 Tahun Di Pasaran, Honda Tamatkan Pengeluaran Jazz Di Malaysia?

Hampir 20 Tahun Di Pasaran, Honda Tamatkan Pengeluaran Jazz Di Malaysia?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak generasi pertamanya di bawa masuk pasaran tempatan pada 2003, jenama Honda Jazz bukan lagi satu nama asing bagi rakyat Malaysia khususnya peminat kereta.

Sering menjadi pilihan anak muda disebabkan reka bentuknya yang kecil dan menarik, Jazz juga mempunyai ketahanan enjin yang terbukti hebat menjadikannya salah satu pilihan model hatch di Malaysia.

Namun terbaru, Honda dijangka menamatkan pengeluaran Jazz di negara ini.

Ianya menjadi bualan selepas penularan beberapa foto memperlihatkan beberapa petugas sebuah kilang Honda bergambar dengan sebuah kereta Honda Jazz yang difahamkan merupakan unit terakhir yang hasilkan mereka.

Mula dimuat naik oleh grup FB Kucing Gemok Channel , foto tersebut nyata menarik perhatian orang ramai khususnya penggemar kereta.

Menerusi foto tersebut tertulis perkataan : “Jazz last production unit Bye bye..” pada kad yang ditampal pada windscreen kereta berkenaan siap dengan dekorasi dihadapannya.

Walapun tiada maklumat lanjut mengenai foto berkenaan sama ada ianya di Malaysia atau di Thailand, portal PaulTan melaporkan ianya dirakam di kilang Honda di Pegoh, Alor Gajah Melaka.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai dimana majoriti menyifatkan penamatan model tersebut membuatkan kereta itu menjadi legenda kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Sebagai rekod, Honda Jazz masih dalam pengeluaran di luar negara termasuk di Jepun (dikenali sebagai Honda Fit disana).

Malah Honda Jazz generasi keempat juga sudah dilancarkan di Jepun pada tahun 2019 namun model ini tidak dibawa masuk ke negara Asean termasuk Malaysia dan Thailand.

Honda Jazz generasi ke-4

Dari segi reka bentuk ia kelihatan sedikit feminin, menyebabkan ramai sudah mula menaruh minat pada Honda City Hatchback yang lebih garang dan sudahpun diperkenalkan di Thailand pada tahun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.