fbpx
Now Reading
Hilang 300,000 ‘Followers’, Baim Wong Akhirnya Sudah Bertemu Warga Emas & Mohon Maaf [Video]

Hilang 300,000 ‘Followers’, Baim Wong Akhirnya Sudah Bertemu Warga Emas & Mohon Maaf [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan video tular memperlihatkan pelakon dan youtuber terkenal Baim Wong memarahi seorang warga emas berusia 77 tahun.

Menerusi video tersebut, Baim yang begitu terkenal dengan sikap dermawan dan penyayang dikatakan mengherdik Pak Suhud serta memintanya berhenti dari mengemis dan mencari kerja selepas menyedari dia diekori warga emas berkenaan ketika sedang menunggang motosikal.

Isu tersebut yang turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia menyebabkan Baim yang sebelum ini begitu dikagumi ramai mendapat kritikan yang hebat dari rakyat Indonesia.

Impak dari kejadian tersebut juga begitu besar apabila dia mula kehilangan lebih 300,000 pengikut di Youtube sekaligus menyebabkan dia terkelur dari status sebagai Top 5 Youtuber paling ramai pengikut di Indonesia.

Sedar tindakannya itu bukan sahaja melukakan hati warga emas berkenaan malahan jutaan lagi rakyat Indonesia, Baim akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa ingin bertemu Pak Suhud bagi memohon secara peribadi.

Terbaharu hasrat Baim untuk menemui warga emas berkeanan akhir tercapai dimana mrereka akhirnya bertemu dan bersetuju untuk berdamai.

Video pertemuannya bersama warga emas berkenaan turut dikongsikan di akaun Instagramnya.

“Saya minta maaf. Saya terima pengajaran ini dari Allah”

Dia menerusi video tersebut turut diihat mencium tangan Pak Suhud sebaik memohon maaf darinya.

Bukan itu sahaja, kunjungannya ke rumah warga emas berkenaan turut membuatkan hubungan diantara kedua mereka semakin rapat.

Mengakui tidak beradab

Dia dalam masa turut mengakui kesilapannya dan beranggapan dia tidak mempunyai adab kerana memarahi orang setua itu sebegitu rupa sewaktu hadir dalam podcast bersama Deddy Corbuzier

“Saya mengaku bersalah. Walaupun sebelum ni saya rasa saya langsung tidak bersalah. Tapi bila di fikirkan semula saya sedar saya ada kekurangan iaitu tidak tahu adab,” kata Baim menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier.

“Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua, dan itu namanya menghardik, ada dalilnya dan itu enggak boleh. Kita harus merendahkan diri kita, dan aku salah,

“Jadi ini salah saya dan saya akuinya. Hati rasa tenang saat berjumpa dengan Pak Suhud, orangnya baik,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.