fbpx

Buat Video ‘Prank’ Acah Nak Tampar Orang Di Mall, Youtuber Sedang Dikesan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan ‘tak masuk akal’ seorang Youtuber bersama rakannnya apabila menghasilkan video prank mengacah untuk menampar orang di Mid Valley Megamall.

Menerusi sedutan dari video tersebut yang tular di media sosial, kebanyakan dari aktiviti pranknya dilakukan bersama seorang lagi rakan di salah satu eskalator yang berada disana.

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2021/10/13/youtuber-undang-kemarahan-netizen-selepas-buat-video-prank-nak-lempang-orang-di-pusat-beli-belah/

VIdeo tersebut nyata menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia dan rakannya bukan sahaja biadap malah menyebabkan beberapa ‘mangsa’ berlari ketakutan.

Teruk dikecam dia kemudian memuat naik satu permohonan maaf dan bertindak menurunkan video berkenaan. Namua ianya masih tidak disenangi orang ramai yang masih tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukannya.

Sedang dikesan Polis IPD Brickfields

Terbaru polis mengesahkan sedang mengesan individu berkenaan ekoran dari penularan video berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun halaman di Facebook sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat.

“Tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Ekoran itu beliau meminta mana-mana saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan. Beliau dalam masa sama menasihatkan orang agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tersebut.

“Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan. Sebarang maklumat boleh disalurkan menerus hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222,” katanya.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.