fbpx
Now Reading
JAKIM Bakal Adakan Muzakarah Khas Bincang SOP Rapatkan Saf Solat Jemaah

JAKIM Bakal Adakan Muzakarah Khas Bincang SOP Rapatkan Saf Solat Jemaah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Arab Saudi sejak semalam hangat diperkatakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia ekoran dari kebenaran terbaru mereka yang mula membenarkan orang ramai menunaikan solat fardu secara berjemaah dengan merapatkan saf terutamanya di Masjidil Haram dan Nabawi selepas hampir setahun setengah dijarakkan.

Disambut gembira oleh ramai, mereka bagaimanapun menetapkan beberapa syarat iaitu pengunjung perlulah lengkap dua dos vaksin selain perlu memakai pelitup muka.

Namun siapa sangka disebalik pengumuman tersebut, ada berita gembira buat rakyat Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal mengadakan muzakarah khas Rabu ini melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bagi membincangkan kelonggaran aktiviti-aktiviti di masjid dan surau termasuklah solat dengan saf rapat.

“Ini termasuklah cadangan supaya prosedur operasi standard (SOP) dikaji untuk dibolehkan susunan saf ketika solat berjemaah dapat dirapat kembali,” katanya menerusi kenyataan

Langkah itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelmarin.

Mengulas lebih lanjut beliau menjelaskan muzakarah pada kali ini bertujuan mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan dan membincangkan perubahan SOP dimana ahlinya terdiri daripada mufti setiap negeri, ahli-ahli dilantik dalam kalangan pakar telah dijemput hadir memperincikan SOP berkenaan.

Selain itu Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan dijemput untuk memberikan pandangan mereka dalam sesi perbincangan muzakarah khas.

“Saya percaya, satu keputusan demi maslahah umum dapat dicapai dan berharap aktiviti di masjid dan surau khasnya solat berjemaah seperti sediakala dengan SOP tertentu,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.