fbpx
Now Reading
Matikan Fungsi ‘Scanner’ Apabila Printer Kehabisan Dakwat, Pengguna Saman Canon RM20 Juta

Matikan Fungsi ‘Scanner’ Apabila Printer Kehabisan Dakwat, Pengguna Saman Canon RM20 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pelaksanaan WFH dan belajar di rumah di seluruh dunia ekoran dari penularan wabak Covid-19. Printer menjadi salah satu peralatan komputer yang paling diperlukan orang ramai selain komputer/laptop dan tablet.

Bila bercerita tentang printer, pasti ramai lebih selesa memiliki printer jenis 3 dalam 1 dimana ia bukan sahaja boleh mencetak, ,malahan mempunyai fungsi mengimbas dan menyalin antara jenama besar yang kerap kali hadir dengan fungsi sebegini pastinya jenama Canon.

Namun terbaru, Canon berdepan saman berjumlah US$ 5 juta di Mahkamah Amerika Syarikat selepas mereka didakwa menghalang atau mematikan fungsi scanner (pengimbas) dan fungsi lain seperti faks sekiranya pencetak tersebut kehabisan dakwat.

Seorang penggunanya, David Leacraft memfailkan tuntutan berkenaan pada 12 Oktober lalu dengan mendakwa syarikat tersebut menipu dalam iklannya.

Menurut Business Insider, dia yang baru membeli printer Canon Pixma MG2522 di sebuah pasaraya Walmart pada Mac 2021  mendedahkan baru mengetahui yang pencetak ‘all in one’ yang dibelinya itu tidak akan berfungsi sebagai scanner selepas printer tersebut kehabisan ink.

Dakwa Canon mahu maksimakan keuntungan dengan memaksa pengguna beli ink

Seperti yang kita tahu, kerja pengimbasan sememangnya tidak memerlukan sebarang penggunaan dakwat justeru dia berpendapat Canon tidak jujur dari segi pemasaran dan hanya mahu memaksimakan keuntungan dengan memaksa orang ramai membeli ink walaupun mereka tidak bercadang menggunakannya.

Malah menerusi Canon menerusi forum sokongan turut memaklumkan satu lagi model mereka iaitu PIXMA MG6320 memang memerlukan dakwat untuk digunakan walaupun untuk fungsi lain.

Ini bermakna bukan model yang digunakan oleh Leacraft sahaja yang berdepan isu sama sebaliknya ia turut terjadi pada beberapa lagi model berbeza.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.