fbpx
Now Reading
Anak Perempuan Bill Gates Kahwini Lelaki Mesir Mengikut Cara Islam

Anak Perempuan Bill Gates Kahwini Lelaki Mesir Mengikut Cara Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Puteri sulung kepada pengasas Microsoft, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dilaporkan telah berkahwin dengan seorang pemuda Muslim dari Mesir, pada Jumaat lalu.

Difahamkan Jennifer melangsungkan pernikahannya dengan pemain equestrian Mesir, Nayel Nassar yang juga seorang jutawan dalam satu majlis tertutup dan kecil-kecilan dengan mengikut cara islam di sebuah ladang kuda seluas 57 hektar miliknya di North Salem, New York lapor Daily Mail.

Adakan majlis resepsi sivil secara besar-besaran esok harinya

Mereka kemudian mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran di rumahnya di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan kehadiran 300 orang tetamu.

Jennifer yang mengenakan gaun panjang berwarna putih rekaan khas oleh pereka fesyen terkenal, Vera Wang diapit dengan sembilan orang pengapit perempuan.

Diiringi Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda

Foto : Daily Mail

Bill Gates dan bekas sterinya, Melinda yang baru sahaja mengumumkan penceraian pada Ogos lalu selepas 27 tahun berumah tangga turut dilihat hadir meraikan hari bahagia anak mereka.

Malah mereka berdua dilihat mengiringi Jeniffer sewaktu berjalan masuk ke majlis berkenaan sebelum menyerahkan anak mereka itu kepada suaminya, Nayel.

Mereka kemudian telah berkongsikan foto di majlis berkenaan di akaun instagram masing-masing.

Minta tetamu yang hadir untuk divaksin dan buang saringan sebelum hadir


Dalam pada itu, anaknya itu turut mencuri tumpuan apabila meminta para tetamu untuk mengambil vaksinasi terlebih dahulu selain melakukan saringan Covid-19 bagi membuktikan mereka negatif sebelum hadir ke majlis perkahwinannya.

Perkara itu dikongsikan sendiri Jennifer sewaktu ditemuramah majalas Vogue. Difahamkan dia juga telah menghabiskan RM8.3 juta dalam menyempurnakan majlis berkenaan.

Sebagai rekod, pasangan ini melangsungkan pertunangan Januari 2020 selepas Nayel melamar Jennifer sewaktu mereka sedang bercuti.

Namun setakat ini belum ada sebarang informasi sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak meskipun majlis perkahwinan kecil-kecilan itu mengikut cara islam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.