fbpx
Now Reading
Facebook Rancang Tukar Nama Baru Dalam Masa Terdekat

Facebook Rancang Tukar Nama Baru Dalam Masa Terdekat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat gergasi media sosia, Facebook Inc dilaporkan sedang merancang menukar nama perusahaannya dalam masa terdekat.

Keputusan melakukan penjenamaan semula tersebut diambil sebagai usaha untuk memberikan fokus mereka dalam membangunkan ‘metaverse’, lapor portal The Verge.

Metaverse secara ringkasnya bermaksud persekitaran dunia maya yang boleh diakses orang ramai dengan menggunakan Internet.

Menurut The Verge , pengumuman nama baharu itu akan dilakukan oleh CEO dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg sewakktu persidangan tahunan syarikat, Connect, yang akan berlangsung 28 Oktober nanti.

Namun menurutnya, nama tersebut masih lagi menjadi menjadi rahsia dan dijaga dengan rapi oleh pengurusan Facebook bahkan ianya turut tidak diketahui oleh ramai pegawai kanan mereka.

Jika benar ‘rebranding’ ini dilakukan, mereka menjangkakan aplikasi Facebook selepas ini akan dipasarkan sebagai satu di antara banyak produk lain seperti Instagram, Whatsapp, Oculus, Onavo dan lain-lain di bawah pengurusan sebuah syarikat induk.


Namun menurut The Verge, wakil Facebook yang dihubungi enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Terdahulu sekitar July, Zuckerberg ada mendedahkan kepada portal berkenaan yang dia dalam masa beberapa tahun lagi mahu pengguna mengubah perspektif mereka terhadap Facebook dari sebuah ‘laman media sosial’ kepada perusahaan Metaverse.

Malah mereka baru-baru ini telah melaburkan US$ 50 Juta (RM208 Juta) untuk membiayai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) di Eropah untuk membina ‘metaverse’. Namun mereka menjangkakan ia hanya akan tersedia sepenuhnya dalam 10 ke 15 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.