fbpx
Now Reading
Pedang Kuno Berusia 900 Tahun Ditemui, Dipercayai Milik Tentera Di Era Perang Salib

Pedang Kuno Berusia 900 Tahun Ditemui, Dipercayai Milik Tentera Di Era Perang Salib

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebilah pedang kuno telah ditemui oleh seorang penyelam amatur Israel di pesisir pantai Mediterranean.

Shlomi Katzin dari Atlit, Haifa difahamkan sedang melakukan selam skuba pada hujung minggu lalu di pantai Carmel sebelum dia menemui pedang berkenaan yang diliputi cengkerang teritip di dasar laut.

Menurut pakar, pedang bersaiz 3.3 kaki dengan pemegang sekitar 14 inci itu dianggarkan berusia 900 tahun dan dipercayai milik seorang knights di era Perang Salib.

Dia kemudian bertindak mengambil pedang tersebut kerana risau ianya akan tenggelam lebih lama atau lebih teruk dicuri lantas memberikannya kepada tu Unit Pencegahan Rompakan dibawah Pihak Berkuasa Barang Antik Israel (IAA).

Yang menariknya, Shlomi juga berjaya merakam penemuan tesebut selepas kebetulan turut menyelam sambil mengenakan Go Pro di kepalanya.

Difahamkan selain penemuan pedang yang menakjubkan itu, dia turut menemui beberapa lagi artifak lama seperti serpihan tembikar, sauh batu dan logam yang mula timbul akibat pergeseran pasir di perairan terbabit.

Menurut IAA, mereka merancang untuk pedang mempamerkan pedang itu kepada orang ramai sebaik ianya dibersihkan dan dianalisis oleh pakar.

“Pedang yang dipelihara dalam keadaan sempurna merupakan penemuan yang jarang dan menakjubkan.

“Ia jelas adalah milik seorang kesatria tentera salib,” kata seorang pegawai di unit tersebut, Nir Distelfeld dipetik dari Times of Israels.

Menurut Ketua Unit Arkeologi Laut IAA, Kobi Sharvit pantai tersebut sememangnya kaya dengan artifak kerana pernah menjadi perlindungan kepada kapal-kapal sejak 4000 tahun dahulu sekiranya berlaku ribut dikawasan berkenaan.

“Keadaan tersebut telah menyebabkan kapal dagang, meninggalkan penemuan arkeologi yang kaya sejak berabad lamanya” kata Kobi.

Dia turut menjangkakan pemiliknya adalah seorang yang kuat atau mungkin sedikit besar berpandukan dari saiz dan keberatan pedang besi itu.

“Pedang itu agak berat kerana batu-batu yang melekat padanya serta saiznya yang besar selain diperbuat dar besi.

Ini bermakna pemilik pedang ini untuk pertarungan pastinya seorang yang kuat. Saya cuba membayangkannya di medan perang dengan semua perisai dan pedang, dia semestinya seorang yang tegap atau mungkin lebih besar dari kita hari ini dan pastinya lebih kuat. Itu sangat luar biasa” katanya lagi

Perang Salib yang berlangsung selama berabad mula tercetus pada tahun 1095 selepas golongan kristian Eropah melancarkan misi menawan Baitulmuqaddis dan kawasan berhampirannya yang dianggap tanah suci dari orang islam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.