Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Shopee menerusi satu kemaskini di laman web mereka memaklumkan tidak akan lagi memaparkan nombor telefon pembeli pada Airway Bill(AWB) sebagai usaha melindungi privasi pembelinya.
Menurut Shopee, kaedah baru tersebut yang akan bermula pada 21 Oktober ini akan melibatkan syarikat kurier J&T Ekspress dan juga Ninja Van.
Dengan kemaskini ini, bermakna AWB dengan nombor telefon kini hanya tersedia untuk kurier Pos Laju dan City-Link Express sahaja.
Difahamkan langkah membuang nombor telefon dari ruangan info pembeli di AWB syarikat penghantaran lain sudahpun berkuatkuasa sejak 13 September lagi.
Contoh AWB selepas nombor pembeli dikeluarkan
Kalau ada masalah/ maklumat tak lengkap macam mana?
Jangan risau, kerana menurut Shopee pekerja kurier masih lagi dapat menghubung pembeli/ penerima menerusi sistem sewaktu penghantaran dilakukan sekiranya ada maklumat yang diperlukan hilang dari AWB.
Mereka bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak semula Air Waybill anda untuk memastikan semua butiran adalah tepat.