fbpx
Now Reading
Bulan Madu Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Cedera Parah & Adik Maut Selepas Bom Lama Meletup

Bulan Madu Bertukar Jadi Tragedi, Wanita Cedera Parah & Adik Maut Selepas Bom Lama Meletup

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, aktiviti perkhemahan dan bulan madu sepasang pengantin baharu dari United Kingdom (UK) ke Ukraine berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan cedera parah selepas satu bom lama meletup.

Insiden tersebut berlaku sewaktu Lidiia Makarchuk, 31, sedang santai duduk berdekatan unggun api bersama ahli keluarganya di pergunungan Carpathian berhampiran Hungary.

Difahamkan api dan haba dari unggun api tersebut menyebabkan sebutir bom dari Perang Dunia Pertama yang tidak disedari kewujudannya tiba-tiba meletup.

Adik dan rakan maut

Lebih memilukan kejadian tersebut menyebabkan adik lelakinya,  Myroslav, 29, bersama seorang lagi rakannya turut maut.

Bercerita tentang insiden tersebut, Lidiaa yang berdarah Ukraine menjelaskan dia seolah kaku dan berasa sakit sebaik terdengar satu ledakan.

“Dalam sekelip mata saya rasa seolah ada orang yang melemparkan batu ke muka saya terutamanya di hidung.

“Saya rasa telingga berdesing sebelum ia tiba-tiba sunyi menyebabkan saya hanya mampu mendengar suara saya sendiri.

Lidiaa (jaket) beberapa minit sebelum kejadian letupan

“Saya berpaling dan menutup muka dengan tangan serta berdoa. Saya dapati bukan saya saja, semua orang mengerang kesakitan,” katanya.

Foto : PA Real Life

Suaminya, Norbert Varga, 41 yang kebetulan berada jauh di khemah kerana sedang mengemas peralatan kemudian menjelaskan terdengar satu letupan kuat diiringi bunyi jeritan lalu lantas berlari mendaptakan isterinya.

“Saya kemudian berlari ke unggun api dan menjerit nama Lidiia,” katanya.

Ledakan dan serpihan bom tersebut menyebabkan Lidiaa mengalami luka parah di kaki dan tangan sehingga menampakkan tulang, selain bahagian mukanya melecur teruk terutamanya pada mata kiri.

Lidiaa bersama adiknya beberapa jam sebelum kejadian Foto : PA Real Life

Namun apa yang begitu dikesalkan wanita ini adalah dia tidak sempat memberitahu adiknya betapa dia sayangkanna sewaktu adiknya itu sedang menangis sambil menanti ambulans. Dia dan seorang lagi rakan yang turut menyertai rombongan bagaimanapun maut sebelum pasukan perubatan tiba.

Difahamkan lokasi mereka berkhemah adakah kawasan pertempuran sewaktu dua perang utama di dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.