fbpx
Now Reading
Kecewa Suaranya Pernah Disekat, Trump Umum Akan Lancar Media Sosial Terbaharu, TRUTH Social

Kecewa Suaranya Pernah Disekat, Trump Umum Akan Lancar Media Sosial Terbaharu, TRUTH Social

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar awal tahun, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah disekat sepenuhnya dari menggunakan beberapa platform media sosial popular seperti Twitter, Facebook dan Yotube.

Tidak berpuas hati dengan layanan tersebut, dia kemudian bercadang membangunkan platform media sosial miliknya sendiri.

Terbaru, semalam usahawan tersebut secara rasmi mengumumkan akan melancarkan media sosialnya sendiri yang dikenali sebagai ‘TRUTH Social’.

Difhahamkan Truth dibangunkan oleh syarikat baru yang dibentuk hasil penggabungan Trump Media & Technology Group (TMTG) dan syarikat pemerolehan khas (SPAC) dengan fokus utama untuk menjadi pesaing utama kepada ‘konsortium media yang liberal’ selain Big Tech lain di Sillicone Valley.

Menurut Daily Mail, bermula bulan depan Truth akan mula dilancarkan dengan menjemput pengguna menyertainya sebelum ia mula beroperasi secara sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Buat masa ini, pengguna iPhone di Amerika Syarikat sudah boleh membuat tempahan awal media sosial itu menerusi App Store.

”Saya menghasilkan TRUTH Social dan menubuhkan TMTG untuk berdepan dengan syarikat-syarikat gergasi ini.

“Kita hidup di dunia dimana ada kelompok tertentu mempunyai pengaruh begitu besar di dalam media sosial, dan pada masa yang sama suara Presiden kesayangan ramai telah dinafikan.

“Saya teruja untuk menghantar ‘kebenaran’ pertama saya di TRUTH Social tidak lama lagi.

“TMTG ditubuhkan dengan misi untuk memberikan anda ruang untuk bersuara kepada semua” katanya lagi.

Terdahulu akaun media sosial Trump di semua platform utama disekat selepas  beratus-ratus penyokongnya melakukan rusuhan di Capitol pada 6 Januari lalu.

Ianya gara-gara ucapan Trump yang mendakwa kekalahannya pada pilihan raya pada bulan November lalu disebabkan penipuan terancang, namun dakwaan itu ditolak mahkamah dan pegawai pilihan raya negeri.

Foto : Axios

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.