fbpx
Now Reading
“Minta Muhammad Sajjad Kemuka Bukti & Buat Laporan Polis Jika Benar Dicabul ” – Pengarah JAIS

“Minta Muhammad Sajjad Kemuka Bukti & Buat Laporan Polis Jika Benar Dicabul ” – Pengarah JAIS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui usahawan dalam buruan, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini sudah berada di Australia.

Menerusi sesi live di Instagram, dia mendedahkan yang dikini secara rasmi sudah menetap di sana malahan sudahpun menjual semua perniagaannya di Malaysia. Bukan itu sahaja dia juga memaklumkan sudah talat tiga dengan Malaysia dan tidak lagi akan pulang ke tanah air.

Baca artikel berkaitan :

Namun sejak semalam nama usahawan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila dia menerusi satu temuramah bersama The New York Times mendakwa telah dilayan dengan kasar oleh sekurang-kurangnya tiga pegawai agama dari JAIS ketika sesi soal siasat awal tahun ini . Bukan itu sahaja dia turut mendakwa diraba oleh pihak berkenaan.

“Dia dimaklumkan, tidak mengapa kerana Nur Sajat lelaki.

“Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki,” katanya.

“Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.”

Menurut Sajat insiden tersebut disaksikan oleh ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya beragama.

Sajat sewaktu ditahan JAIS

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/hiburan/2021/01/13/jais-sahkan-sedang-siasat-sajat/

Pengarah JAIS mohon Sajat tampil kemuka bukti

Tuduhan-tuduhan tersebut akhirnya tiba ke pengetahuan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang meminta Sajat tampil sekiranya benar dakwaannya itu.

Jelas beliau, dia seharusnya mengemukakan apa juga bukti serta keterangan dan bukan hanya cakap kosong kerana itu akan memburukkan keadaan dan suatu tindakan yang berbaur fitnah, lapor Harian Metro.

“Kalau betul dia buat tuduhan, pasti dia sudah buat laporan polis. JAIS juga sudah buat laporan polis menyatakan perkara sebenar yang berlaku pada pihak polis, kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan.

“Prinsip saya telus, jika betul ada kakitangan JAIS buat salah, pasti polis ambil tindakan kerana dakwaan gangguan seksual itu bukan bidang kuasa saya tetapi polis.

“JAIS tidak akan dan tidak pernah membela mana-mana kakitangan yang membuat sebarang salah laku. Tiada tempat untuk kakitangan yang melakukan perkara melampaui batas,” 

Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan motif Sajat kerana hanya membuat dakwaan sekarang walhal soal siatu itu dijalankan awal tahun ini.

“Bukan JAIS tidak hormat dia tetapi cara dia buat kita hilang hormat. Bila di Australia, buat cerita macam-macam ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Menimbulkan persepsi orang agama tidak betul, jabatan agama tidak betul. Jika terus dilayan, JAIS akan terheret dalam persepsi dia dan dilihat cepat melatah.

“Sedangkan isu dia kecil sahaja, banyak lagi agenda berkaitan agama Islam di Selangor yang perlu JAIS beri perhatian dan dititikberatkan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.