
Dipercayai Kayuh Basikal Bersendirian, Pekerja Stesen TV Maut Kemalangan Di Cyberjaya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang petugas stesen TV meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta sewaktu sedang berbasikal di Cyberjaya pagi tadi.
Kejadian tersebut tular selepas mula dikongsikan di laman Twitter @Twt_dengkil selain turut dikongsikan oleh laman Facebook Cyberjaya Community.
#InfoWhatsapp ada Cyclist kemalangan di jalan berhampiran Cyber.
— twt_dengkil (@Twt_Dengkil) October 22, 2021
Hati2 kpd semua pengguna jalan raya. Musim cuaca yg x menentu mengakibatkan gangguan semasa pemanduan.
Kondisi jalan lingkaran Cyber-Putra yg beralun jg kerap berlaku kemalangan jika cuaca hujan@Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/EuZD3v7BjH
Khabarnya mangsa kemalangan telah meninggal dunia. Semoga dipermudahkan semua urusan beliau & menjadi iktibar kpd kita semua.
— twt_dengkil (@Twt_Dengkil) October 22, 2021
📹 #InfoWhatsapp pic.twitter.com/33PNAmMmK0
Inside berkenaan yang menimpa mangsa, Jeffry Aziz, seorang pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) turut tular di Facebook selepas dikongsikan laman Cyberjaya Community.
Menurut Awani, Jenazah Jeffry kini berada di Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.
Setakat ini tiada sebarang maklumat lanjut dari pihak berkuasa berhubung punca kemalangan dan punca kematian mangsa.
Menerusi gambar tular, basikal digunakan mangsa mengalami kerosakan teruk pada tayar bahagian belakang.