“Konten Tak Berfaedah” – Netizen Tak Setuju Youtuber Buat Video Kenakan Kawan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan video kontroversi dan video prank antara video yang menjadi pilihan ramai YouTuber atau content creator untuk mencipta nama dan pengikut selain melariskan tontonan.
Jika tempoh hari seorang YouTuber dikecam hebat bahkan sedang dikesan polis gara-gara memuat naik satu video prank mengacah untuk menampar orang di Mid Valley Megamall, kini timbul pula satu lagi video baharu iaitu menghasilkan konten prank tangkap basah.
Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, kumpulan YouTuber yang terkenal dengan konten-konten prank ini difahamkan telah berpakat untuk mengenakan dua ahli kumpulan dengan meninggalkan mereka berdua di sebuah rumah yang dipercayai telah dijadikan studio oleh mereka.
Namun sebaik ditinggalkan, tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai agama muncul menyebabkan kedua-dua mereka ‘terkantoi’ dan ditangkap basah kerana hanya tinggal berdua-duaan.
Drama menjadi hangat selepas satu demi satu satu rakan mereka pulang dan cuba menjelaskan apa yang terjadi namun ‘pegawai agama’ itu menegaskan ia tetap satu kesalahan.
Mereka kemudian memberi pilihan sama ada membawa mangsa ke jabatan agama untuk didenda atau terus melangsungkan pernikahan.
Keadaan tersebut menyebabkan mangsa perempuan mula menangis manakala mangsa lelaki yang sudah tidak tentu arah mula hilang sabar.
Prank tersebut bagaimanapun mula terdedah apabila seorang ‘pegawai agama’ itu memaklumkan akan menikahkan mereka sebelum akhirnya membocorkan rahsia yang ia hanyalah sekadar prank sewaktu ‘akad nikah’ berlangsung.
Rujuk video di sini :
Perkongsian tersebut nyata tidak disenangi segelintir netizen yang berpendapat konten sebegini tidak sesuai untuk dipertontonkan di Malaysia.
Bukan itu sahaja, ianya juga tidak sesuai dihasilkan kumpulan YouTuber ini memandangkan ramai dari pengikut mereka merupakan anak muda dan remaja yang masih lagi bersekolah.