Ahli Arkeologi Indonesia Dakwa Temui Lokasi Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Selepas 85 tahun

Kami yakin ramai dari anda pasti pernah membaca atau menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck kan?

Namun bila disebut mengenai kapal tersebut, mungkin ramai dari anda menyangkakan kapal dan cerita tersebut hanyalah kisah fiksyen yang dihasilkan tokoh agamawan dan sasterawan terkenal alam melayu, Hamka.

Namun hakikat sebenarnya Hamka mengambil kisah ini dari satu tragedi sebenar membabitkan sebuah kapal yang sememangnya bernama Kapal Van Der Wijck pada tahun 1936.

Terbaru selepas lebih 85 tahun hilang, penyelidik yang juga Ahli Arkeologi Badan Pelestarian Cagar Budaya (BPCB) Jawa Timur, Wicaksono Dwi Nugroho mendakwa telah menemukan lokasi tenggelamnya kapal berkenaan iaitu sekitar perairan Brondong, Lamongan, Jawa Timur.

Menerusi laporan CNN Indonesia,  Wicaksono sewaktu pembentangan menjelaskan penemuan itu masih terus dikaji untuk mencari bukti konkrit berdasarkan sains.

Foto : Detik

Pasukan diketuai Dwi Nugroho difahamkan sudah melakukan tinjauan di lokasi penenggelaman kapal itu sejak bulan Jun 2021, namun ekoran dari perairan Lamongan yang keruh, mereka masih meneruskan tinjaua sehingga bulan Oktober ini.

“Memang ada kapal karam dan kami mengesyaki Van Der Wijck, dari gambar dan video yang kami dapat. Namun, prosesnya masih berjalan. Jadi, kami terus memadankan beberapa bahagian dengan gambar kapal Van Der Wijck,” katanya.

Tambahnya lagi mereka turut menerima maklumat dari masyarakat setempat khususnya nelayan selain adanya monumen peringatan namun difahamkan masyarakat tempatan tidak berani untuk menjarah lokasi itu kerana ia dianggap kawasan suci.

Mengulas lebih lanjut beliau berkata BPCB ketika ini sudah memasuki tahap pengesahan, samada kapal karam yang ditemukan adalah bangkai kapal Van Der Wijck.

Sebagai rekod Kapal Van Der Wijck merupakan kapal mewah yang dibina oleh Maatschappij Fijenoord, di Rotterdam pada tahun 1921 dengan berat 2.596 tan dan lebar kapal 13.5 meter. Namanya diberi sempena nama Gabenor Jeneral Hindia Belanda, Carel Herman Aart Van Der Wijck.

Kisahnya kemudian menjadi latar belakang penulisan Hamka mengenai novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck,  sebelum difilemkan hampir 10 tahun lalu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

5 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

7 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago