Lelaki Bina Rumah Boleh Berpusing Supaya Isteri Dapat Tengok Pemandangan Berbeza Setiap Hari [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap wanita pasti mendambakan suami yang penyayang bukan? Pasti lebih hebat jika mereka sanggup berbuat apa sahaja dalam merealisasikan impian si isteri.
Keadaan bagaimanapun sedikit berbeza buat, Vojin Kusic seorang lelaki berusia 72 tahun di Bosnia, yang nekad membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing untuk isterinya gara-gara sudah tidak tahan dengan rungutan isterinya yang bosan melihan pemandangan sama dari rumah mereka.
Namun meskipun menggunakan alasan sudah tidak tahan dengan rungutan isterinya, rumah yang dibina Kusic bukanlah secara sambil lewa, sebaliknya ia dibina dengan rapi, penuh teliti dan penuh kasih sayang.
Dengan membina rumah boleh berpusing tersebut, impiannya igar si ister dapat menyaksikan beberapa pemandangan terutamanya pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki dari dalam rumah tercapai.
“Saya bosan dengan rungutannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya dipetik dari Reuters.
Difahamkan rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter setiap dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.
Ia yang dikuasai motor elektrik dan roda dibawahnya boleh bepusing selama 24 jam pada kadar kelajuan yang paling perlahan dan juga mampu berpusing 360 darjah hanya dalam 22 saat pada kadar terlaju.
Namun semua ini tidak dibina dalam sekelip mata, sebaliknya Kusic menghabiskan masa selama 6 tahun bagi menyiapkan rumah berkenaan yang difahmakan diinspirasikan daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.
Ia mungkin boleh disiapkan lebih awal namun dia mengalami masalah jantung ketika sedang membina rumah tersebut sehingga terpaksa berehat panjang didalam hospital.
Namun apa yang paling mencuri tumpuan, dia didalam masa 6 tahun itu juga mempelejari sendiri cara membina rumah berkenaan kerana dia pada usia muda tidak berpeluang untuk lanjutkan pelajaran kerana berasal dari keluarga susah.
Mesti isteri dia lebih sayangkan dia lepas nikan?
Jom lihat hasil kerja tangganya di bawah :