fbpx
Now Reading
“Pakai Pelitup Muka, Jangan Jadi Seperti UK” – KJ Tegur Ahli Politik, Menteri Hadiri Mesyuarat Tak Pakai Mask

“Pakai Pelitup Muka, Jangan Jadi Seperti UK” – KJ Tegur Ahli Politik, Menteri Hadiri Mesyuarat Tak Pakai Mask

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin(KJ) memberi peringatan kepada orang ramai khususnya ahli politik termasuk menteri agar terus memakai muka ditempat awam.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya KJ berkata dia mula menyedari ramai di kalangan ahli politik termasuk rakan setugasnya dilihat suudah mula menghadiri mesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

“Sentiasa pakai pelitup muka, terutamanya ahli politik. Semakin ramai rakan setugas saya didalam gambar menghadiri mesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

“Ramai dari ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi, dan mungkin obes.

“Kalau anda dijangkiti COVID-19 meskipun sudah divaksin, ia akan menjadi satu perkara yang sangat tidak menyenangkan dan boleh dibuat main” tulis KJ

Tambahnya lagi United Kingdom (UK) ketika ini sedang berdepan satu lagi gelombang baharu jangkitan COVID-19 meskipun mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

Semua ini menurutnya kerana ada diantara mereka yang enggan memakai pelitup muka.

“UK ketika ini sedang berdepan satu gelombang jangkitan baru gara-gara sikap keras kepala segelintir mereka yang tak mahu memakai pelitup muka.

“Jangan jadi seperti UK. Pakailah pelitup muka tu” katanya lagi.

Sebagai rekod kes di UK mula mencatatkan peningkatan melebih 50,000 buat kali pertama semalam sejak Julai lalu.

Namun Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid mereka pada Rabu menegaskan keadaan belum memerlukan mereka untuk menguatkuasakan semula langkah seperti pemakaian pelitup muka dalam premis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.