fbpx
Now Reading
Gara-Gara Buat ‘Prank’ Berpakaian Menyerupai Hantu Untuk Takutkan Jiran, Wanita Maut Ditembak

Gara-Gara Buat ‘Prank’ Berpakaian Menyerupai Hantu Untuk Takutkan Jiran, Wanita Maut Ditembak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Budaya melakukan ‘prank’ dikalangan orang barat bukanlah sesuatu perkara asing lagi. Secara ringkasnya ia adalah satu aktiviti yang dirancang seseorang atau sekumpulan individu untuk melakukan tipu helah atau penipuan terhadap orang lain dengan alasan bergurau.

Namun tak semua prank berakhir dengan gelak tawa, ada yang berakhir dengan tangisan air mata, ada yang terpaksa menjalani rawatan ke hospital dan yang paling teruk, ada yang melibatkan kematian.

Terbaru seorang wanita di Mexico maut selepas ditembak gara-gara melakukan prank dengan berpakaian menyerupai hantu untuk menakutkan penduduk kejirananya.

Menerusi laporan Mirror, wanita berusia lingkungan 20-an yang tidak didedahkan identitinya itu didapati merayau-rayau di tengah jalan dalam kepekatan malam sambil  mengenakan gaun serba putih dan veil di kawasan perumahan San Miguel Dorami di daerah Naucalpan de Juarez, Mexico.

Namun prank berkenaan sebenarnya bukanlah satu yang luar biasa memandangkan rakyat Mexico dan mereka berketurunan Hispanik bakal menyambut perayaan Day of the Dead  selain perayaan Halloween dalam masa terdekat.

Buat prank jadi hantu La Llorona

Dalam kejadian yang berlaku pada 15 Oktober itu, kostum yang digunakan wanita berkenaan difahamkan menyerupai hantu yang terkenal sebagai cerita rakyat oleh orang Latin iaitu , La Llorona.

Foto La Llorona sekadar hiasan Foto: NYpost

Mungkin terbawa-bawa watak La Llorona, wanita tersebut kemudian dikatakan berjalan menangis sambil berulang kali menyebut ayat ‘Ay mis hijos‘ yang bermaksud ‘Oh anakku’ didalam bahasa latin.

Aksi dia berjalan dan mengenakan pakaian berkenaan difahamkan berjaya dirakam seorang jiran dari jarak jauh.

Namun tidak lama kemudiannya seorang jiran lain yang didalam ketakutan tiba-tiba melepaskan beberapa tembakan kepada wanita itu menyebabkannya terus rebah.

Menurut laporan media tempatan, La Verdad Noticias, si penyerang yang ketakutan kemudian bertindak melarikan diri sebaik melepaskan tembakan.

Tembakan berkenaan kemudian membuatkan wanita berusia 20 ke 25 tahun itu maut ditempat kejadian. Polis difahamkan sedang menjalankan siasatan namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Sejarah ringkas kisah La Llorona

Sebagai rekod mengikut cerita orang latin, La Llorona adalah  seorang hantu wanita yang sentiasa berkeliaran di jalanan terutamanya di kawasan air terjun sambil menangis meratapi kematian anaknya.

Difahamkan dia telah membunuh dua anaknya dengan melemaskan mereka di dalam air di sebuah air terjun selepas mengetahui kecurangan suaminya.

Dia bagaimanapun mula menyesali tindakannya yang terlalul mengikut emosi hingga menyebabkan dua anaknya itu mati lemas. Akhirnya dia turut menamatkan hidupnya dengan melemaskan dirinya sendiri disamping anak-anaknya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.