fbpx
Now Reading
Sajat Mengaku Transgender, Rasa Dijadikan Kambing Hitam Untuk Ubah Isu Lain

Sajat Mengaku Transgender, Rasa Dijadikan Kambing Hitam Untuk Ubah Isu Lain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui usahawan dalam buruan, Sajat kini sudahpun tiba dan secara rasmi menetap di Australia selepas mendapat suaka dari kerajaaan disana.

Namun selepas berada disana, Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirmya mengakui yang dia seorang transgender dan mendedahkan nekad lari dari Malaysia selepas mengalami kemurungan dan mendakwa keselamatan diri terancam.

Perkara itu dikongsikan Sajat sewaktu ditemuramah pelawak dan pengarcara Harith Iskander dalam program ‘What’s Going On Malaysia’ yang disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube beliau.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan yang berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Saya sampai jadi murung, terpaksa mengambil ubat dan mendapatkan rawatan serta terapi mental.

“Itu menjadi antara sebab yang saya putuskan untuk meninggalkan anak, empayar perniagaan, keluarga dan kawan-kawan. Saya tidak pernah berpisah berbulan-bulan dengan anak-anak.

“Detik terakhir bersama anak-anak, saya rakam video dan gambar sebagai kenangan. Berat hati, tapi saya terpaksa lari kerana rasa diri tak selamat” kataya kepada Harith.

Tambahnya lagi dia merasakan dirinya telah dijadikan sebagai kambing hitam untuk dijadikan bahan politik dan agama.

Malah firasatya lebih kuat selepas mendakwa dilayan dengan tidak adil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sewaktu disiasat pada awal tahun ini .

Perkara tersebut turut dikongsikan Sajat sewaktu temuramah bersama New York Times baru-baru ini.

Malah menurut Sajat, dia juga telah dicabul oleh beberapa orang pegawai agama sewaktu disisat. Dia kemudian mendakwa telah membuat laporan polis berhubung isu itu.

Beberapa kali mengakui statusnya sebagai transgender didalam temu bual tersebut, Sajat menjelaskan dia kini dapat apa yang dimahukan apabila berada di Australia.

“Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai. Saya juga diberi ruang untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris menerusi kelas.

“Saya didedahkan dengan belajar selok-belok berniaga termasuk import dan eksport. Mereka bantu saya daripada soal perumahan dan elaun hidup.

“Lebih utama, apa yang terjadi selama ini membuka mata saya soal hak asasi. Sebagai manusia kita kena tahu hal itu (hak asasi).

“Saya hendak ‘move on’ dan bina kehidupan baharu di sini sebagai ‘transwoman’. Saya hendak teroka dan buka perniagaan di sini. Apa yang berlaku biarlah berlalu, saya belajar daripada kesilapan,” katanya.

Terdahulu polis menafikan ada menerima laporan serangan seksual yang dibuat oleh Sajat. Pengarah JAIS  Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam masa sama turut meminta Sajat tampil sekiranya benar dakwaannya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.