fbpx
Now Reading
Puteri Jepun Kahwin Dengan Orang Biasa, Secara Rasmi Lepaskan Status Diraja

Puteri Jepun Kahwin Dengan Orang Biasa, Secara Rasmi Lepaskan Status Diraja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir beberapa tahun bersama, Puteri Jepun, Puteri Mako membuktikan pepatah ‘kuasa cinta mengatasi segalanya’ apabila berkahwin dengan orang biasa, Kei Komuro sekaligus melepaskan status keluarga diraja miliknya.

Puteri Mako yang merupakan  anak saudara kepada Maharaja Jepun, Naruhito difahamkan sudah menyerahkan pendaftaran perkahwinan itu dipejabat perbandaran pagi ini selain bertemu ibu-bapanya, Putera Mahkota Akishino dan Puteri Mahkota Kiko.

Sebaik selesai Puteri Mako yang kini dikenali sebagai Mako Komuro telah mengadakan sidang media sebagai orang biasa bersama suminya di sebuah hotel di Tokyo.

Foto : Reuters

Sewaktu sidang media tersebut, Mako dengan rendah hati memohon maaf di atas sebarang masalah yang melibatkan orang ramai disebabkan oleh perkahwinannya itu.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan saya berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya.

“Pada saya Kei tidak boleh ditukar ganti, perkahwinan ini adalah pilihan yang dilakukan oleh kami,” katanya.

Mengikut undang-undang diraja Jepun, mana-mana wanita dalam kalangan keluarga diraja yang berkahwin dengan rakyat biasa akan kehilangan status mereka dan tidak dibenarkan menaiki Takhta Chrysanthemum.

Maharaja Naruhito dan Putera Mahkota Akishino sebelum ini telah membuat keputusan tidak akan melangsungkan sebarang upacara dan ritual membabitkan perkahwinan Puteri Mako dan Komuro.

Sebaliknya pasangan tersebut memilih untuk membuat majlis secara sederhana.

Bukan itu sahaha, beliau juga tidak akan menerima elaun perkahwinan berdasarkan kehendaknya sendiri, menjadi ahli keluarga wanita pertama yang tidak diberi wang sedemikian apabila berkahwin.

Puteri Mako dan Komuro bertemu buat kali pertama pada 2012 ketika mereka bergelar pelajar di Universiti Kristian Antarabangsa Jepun dan bertunang secara tidak rasmi pada September 2017 selepas bercinta selama kira-kira lima tahun.

Namun hubungan cerita mereka dipenuhi kontrovesi selain liputan media yang berlebihan tentang berita perkahwinannya sejak bertahun-tahun telah menyebabkan puteri itu menderita gangguan tekanan.

Difahamkan Mako bakal mengikuti Komuro pulang ke New York, Amerika Syarikat tidak lama lagi memandangkan suaminya itu bertugas sebagai seorang peguam disana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.