fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Tiada Lagi Kebenaran Bawa Pulang Air Zam Zam Ke Malaysia, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Tular Dakwaan Tiada Lagi Kebenaran Bawa Pulang Air Zam Zam Ke Malaysia, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara rutin biasa bagi mereka yang pulang dari mengerjakan haji atau umrah dari Tanah suci Makkah adalah membawa pulang sebotol air Zam-zam, air yang merupakan satu keajaiban dunia  yang terdapat pada telaga air zam zam, di dalam kawasan Masjidil Haram.

Yelah bukan senang nak dapat air yang kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, magnesium dan florida ini di tempat kita kan? Lebih2 lagi semenjak kerajaan melarang penjualannya di negara kita beberapa tahun yang lalu. Kalau ada pun, harganya pasti melambung tinggi.

Namun sejak semalam tular di media sosial yang mendakwa air zam zam kini tidak lagi dibenarkan untuk dibawa pula dari Arab Saudi.

Mula dimuat naik di Tiktok oleh @masjidbesi, akaun tersebut meminta para mutawif supaya mengingatkan para jemaah yang berada disana supaya tidak membawa pulang air zamzam walaupun sekadar 5 liter sahaja.

Ini kerana ianya telah menjadi salah satu barang larangan malah air zamzam juga tidak lagi di dijual di lapangan terbang. Menurutnya ia mungkin merupakan arahan terbaru dari kerajaan Arab Saudi sendiri.

“Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.

“Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam bila nak ke lapangan terbang sebab memang tak dibenarkan” kata akaun berkenaan.

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia ##fyp ##airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi

Bersifat hanya sementara

Terbaharu Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris tampil menjelaskan mengenai kekeliruan berikut.

KAIA yang baharu masih belum dilengkapi mesin conveyor

Jelas Ida Riswana, Larangan tersebut mungkin hanya bersifat sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Menurutnya maklumat itu diterima dari daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.

Justeru larangan tersebut hanya melibatkan Jeddah manakala tiada halangan untuk jemaah umrah yang pulang dari Madinah membawa pulang air zamzam ke Malaysia.

“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Sebagai makluman, mesin conveyor adalah suatu alat seperti ‘eskalator’ yang berfungsi untuk mengangkut atau memindahkan barangan dari satu kawasan ke satu kawasan.

Jadi pada pendapat kami, dengan ketiadaannya di lapangan terbang baharu tersebut, pasti menyukaran tugasan petugas untuk mengangkutan ratusan ribu botol air yang akan dibawa keluar jemaah yang pualng ke negara masing-masing setiap hari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.