fbpx

Tular Dakwaan Produk Biskutnya Ada Bahan Penyebab Kanser, Ini Penjelasan Penuh Hup Seng

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu laporan dari Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendapati terdapat unsur penyebab kanser seperti glisidol dan akrilamida yang terkandung didalam 60 sampel biskut dan keropok yang dijual di Hong Kong.

Apa yang mengejutkan dari senarai tersebut, satu darinya adalah biskut terkenal dari Malaysia iaitu Biskut Hup Seng seperti yang dilaporkan SCMP.

Foto : SCMP

Badan pengguna Hong Kong itu turut mendedahkan 40 peratus produk yang dianalisis juga mempunyai label nutrisi mengelirukan.

Enggan isu tersebut disalah ertikan penggunanya khususnya yang berada di Malaysia, Syarikat Hup Seng menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi mereka tampil menjelaskan tuduhan HKCC terhadap produk mereka.

Menurut Hup Seng, mereka sejak tahun 1958 sentiasa menjaga kualiti dan keselamatan produk mereka.

Ianya selamat dimakan

Menurut Hup Seng, biskut Special Cracker yang dihasilkan dan dijual di Malaysia adalah selamat untuk dimakan. Ia adalah selaras dengan regulasi tempatan dan standard keselamatan makanan

“Semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami

“Kami ingin memaklumkan bahawa “Special Cream Cracker” yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti dan standard keselamatan makanan.”

Tambah syarikat itu lagi, sekiranya diperlukan penyiasatan, pihak mereka sedia bekerjasama sepenuhnya degan pihak berkuasa.

“Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam penyiasatan sekiranya diperlukan” tulis kenyataan itu lagi.

KKM sahkan Hup Seng adalah pemegang sijil HACCP KKM

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu mengesahkan premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.

Jelas mereka lagi, Acrylamide dan glycidol adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.

Mengulas mengenai isu label pemakanan yang mengelirukan sepeti yang didakwa HKCC, bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM berkata garis panduan di Malaysia membenarkan syarikat menyatakan angka berdasarkan kiraan atau analisis, dan juga menyatakan jumlahnya dalam julat yang dibenarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.