fbpx
Now Reading
“Dah macam kembar” – Pasangan Suami Isteri Unik Kongsi Tarikh, Masa & Bandar Kelahiran Yang Sama

“Dah macam kembar” – Pasangan Suami Isteri Unik Kongsi Tarikh, Masa & Bandar Kelahiran Yang Sama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata pujangga ‘Jika sudah jodoh, pasti bertemu’. Ungkapan tersebut sesuai untuk kami gambarkan kisah mengenai sepasang suami isteri dari Indonesia ini.

Mula dikongsikan di TikTok oleh Sakila Gustina, wanita ini berkongsi rasa terujanya kepada orang ramai dimana dia dia menikahi ‘kembar’ nya sendiri.

Namun kembar yang dimaksudkan bukanlah kembar seibu dan sebapa sebaliknya dia dan suami, Raka Augusta Wijaya berkongsi tempat, tarikh dan tahun kelahiran yang sama.

“Kembar tetapi tidak seibu sebapa”

@sakilagustina

Ada yg begitu juga? Wkwk

♬ original sound – indiana

Menurut wanita ini perkara tersebut merujuk kepada kad pengenalan kedua mereka yang sama dimana terpampang tarikh lahir, tahun lahir dan tempat lahir iaitu bandar yang sama.

Namun apa yang membezakan mereka ialah lokasi kelahiran iaitu hospital tempat kelahiran sahaja.

“Lahir pada tarikh dan tahun yang sama, masa yang sama, tempat yang sama. Cuma rumah sakit (hospital) yang berbeza.

Bagi membuktikannya, dia telah berkongsi video persamaan diantara maklumat pada kad pengenalannya yang digelar Kartu Tanda Penduduk (KTP) bersama suaminya kepada orang ramai.

@sakilagustina

Reply to @selmiaputri dah ya lunas 😂

♬ DJ Bum Bum Tam Tam MengKane – VinKy𝐆𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠! 🔫😡

Menerusi video tersebut dapat dilihat tarikh lahir serta tahun dan tempat kelahiran ialah sama iaitu pada 6 Ogos 1994 di Sukabumi, Jawa Barat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat teruka dan ada yang seolah tidak percaya bagaimana mereka boleh mempunyai begitu banyak persamaan. Ada juga yang berseloroh seakan tidak masuk akal jika ada diantara keduanya yang lupa mengenai hari jadi pasangannya.

“Kalau masih terlupa hari lahirnya tak tahulah” kata seorang netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.